COME AND POOLOO ME=,=

Friday, August 17, 2012

ohsum !

oke . BALIK KAMPUNG . journey will starting ! sekejap je rasa berdamping dengan Ramadhan kan ? harap harap dapat jumpa lagi tahun depan InsyaAllah kalau umur panjang . ehem , malam ni naik bus . pukul 8.30 malam . hehe . rindu rumah :D
 
bercerita pasal raya . hari ni genap 7 minggu kami as a student Semester 3 berkampung menuntutu ilmu sebelum posting . today a last day la . bak kata puan , susah dah nak jumpa nanti . masing masing sibok dengan destinasi masing masing dah , takpe , selagi kita bersatu InsyaAllah . kelas habis awal hari ni , santai la sikit . tak la penat sangat , tak la terkejor kejor sangat mana yang ambik tiket awal tu . dua minggu cuti , masing masing senyum melebar . saya sendiri pon senyum sampai otak . hehe . bukan apa , dah dekat dua bulan tak balik , RINDU ahli keluarga dan penghuni hati ni haa . kan kan ?
 
persiapan raya . saya ala kadar je , tak cukup bajet . maklum la , peruntukan pak mat bagi sikit je , nasib abang nizam bagi sikit . dia paham la tu adik dia pegang status STUDENT lagi . haha . terima kasih . boleh jugak rasa pakai baju baru tahun ni walaupun tak seberapa . sebenarnya sambut Syaawal tanda kemenangan kita atas dugaan dan cabaran Ramadhan tapi orang melayu pelik sikit . masing masing nak menunjuk kehebatan masing masing , ape salahnya ala kadar , bukan ke tu yang lagi baik ? pikir kan .
 
rasa macam dah tak sabar nak balik . rindu ketupat , rendang , ayam , segala . bukan kat sini tak ada tapi kalau yang kampung punya lain sikit . suasana lain , rasa lain , masuk dalam tekak pon lain je aliran dia . haha . bisa kan kampung ? so , anak anak perantau kota , pulanglah ke kampung halaman . jangan sampai kita lupa asal usul kita . ye ?
 
oke la . hujan dah pekan tanjung rambutan ni haa . nak bersiap pulak ni . sekejap lagi dah nak pergi emdan gopeng . kesian si mimi tunggu sorang sorang kat sana . 
 
apa apa pun , sekali lagi saya dengan ingatan tulus ikhlas mengucapkan SALAM EIDULFITRI buat semua muslimin dan muslimat . semoga perjalanan kita selamat sampai ke destinasi . INSYAALLAH .
 
 oke . take care . bai ! :D
 


CIK DONUT MEMBEBEL

Wednesday, August 15, 2012

RAYA .

Assalamualaikum . sambil makan ayam BBQ pizza hut ponye . haha . oke , tengok entry masing masing dah senyum kan ? maklum la , semua nak beraya kan ? mesti persiapan dah dalam genggaman semua ni . korang cuti lama mane ? ehem . saya cuti dua minggu je . HAHA . dah lama tak balik kampung . rindu nak tengok tempat kelahiran ( macam jauh sangat Perak - Terengganu kan ? ) haha
 
sempena kedatangan Syawal yang mulia ni , saya selaku tuan rumah ingin memohon berjuta kemaafan dari semua jika sepanjang tempoh perkenalan siber ni ada terkasar bahas , tersilap bicara , terkutuk terkata , terhina termaki , tersemua semua berkait rapat la . moga kita sama sama dapat mengeratkan lagi perhubungan kita ni . Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin . Salam Aidilfitri . mana mana yang kenal umah , jemput lah datang . setakat air 100 plus boleh sangat hidangnya . Hee .
 
 
Salam lebaran . hidup tanpa musuh itu yang kita cari . hati senang jiwa tenang . kan ? bermaafan sesama kita , lupakan semua sengketa , jalinkan rasa muhibah , lebaran dalam keazaman ... oke , just left 2 days more . saya akan balik kampung ! 
 
have fun ! bai .

CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, August 12, 2012

tudung bawal bunga sulam atas kepala .

tudung cantik bling bling . kain bawal nombor 1 . pure from Terengganu . 

HARGA : RM35 exclude pos .
pembayaran pos : SEMENANJUNG : RM6 
                           SABAH / SARAWAK : RM10 

JANGAN LEPASKAN PELUANG ! :D
 # serious buyer only 



















 untuk maklumat lanjut just klik NADIA BLOGSPOTS 
jom pakat tengok ! :D



CIK DONUT MEMBEBEL

Saturday, August 11, 2012

Ramadhan akhir .


Assalamualaikum semua . wah , bertukar wajah ke ? HEHE . owner tukar layout la . ( sebenarnya bukan nak tukar sangat , tertekan button ape ntah tetiba jadi cengginih ) . owner REDHA ! HAHA

bercerita pasal Ramadhan . ni dah malam last kesepuluh Ramadhan dah . tinggal berapa hari je lagi nak say babai to Dearist Ramadhan then welcoming to Sayang Syawal kan ? so , how bout ur preparation ? mesti meriah segala kan ? untung la .. owner cuma simple je . just ala kadar sebab tak beraya sangat tahun ni . ( ayah keje hari raya huk huk ) . takpe , pesan Rasullah SAW kita besederhanalah dalam segala hal . kan ? so , kita amalkan jela . hehe . malam malam terakhir macam ni , mesti ramai yang menanti Lailatul Qadar kan ? termasuklah owner . mintak mintak kita bertemu lah ye ? rindu . dah setahun tak jumpe :D

kuih raya ( DONE ) , kad raya , baju raya ( DONE ) , tudung raya ( DONE ) , kasut raya , macam segala la semua dah sedia ? haa , nak tudung cantik cantik tengok owner punye FB ada dijual kat situ . murah murah je haa ( promote nie ) , sapa cepat dapat diskaun :D

oke lah , penat dah pot pet pot pet . tadi sebenarnya ada kelas
. kelas ganti raya . so dari siang tadi sampai sekarang dah angka 4 am tak pejam pejam mata lagi . owner pejam mata dulu ye ? penat sangat sayang :D

sebelom owner undur diri , untuk santapan mata mata yang dari tadi sudi memberi pinjam membaca coretan yang entah apa apa ni haa . kalau terliur , maaf lah . tengok sian
g hari , be careful . jangan bagi puasa batal . RUGI ! hehe . nanti kalau sempat kita share share resepi ye ? :D



oke la , story dah habis . take care semua tau ? selamat bersahur dan selamat menjalani tanggungjawab sebagai seorang ISLAM -,-











CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, August 5, 2012

HANDMADE : Sandwich tuna PEDAS :D


oke , Assalamualaikum semua . lama tak jenguk kan ? ni sebelom tu , Salam Nuzul Quran . -___- ( cuti esok )
 
ni ha , gambar atas tu ? hasil tangan saya tau . lepas berbuka tadi , ( menunya nasi putih , tomyam , kerabu mangga dan sunquick masam taruk ais ) . ingat nak buat sahur , tersilap buat awal , so bedal awal la . mudah je ha prepare mende ni . senang , ringkas dan mudah . cuma pemalas je cakap susah . one more , jenis tahu suap mulut tangan malas berusaha je cakap payah . oke ?
 
BAHAN - BAHANNYA : ( nak perturun ilmu ) 
1. Sardin tin ( just setongkol je )
2. Cili padi ( dalam 5-7 biji )
3. Asam limau ( 2 biji . untuk perah )
4. Ajinamoto ( sedikit SHJ )
5. Serbuk lada hitam ( 1 sudu kecik )
6. Roti keping cth : Gardenia .
 
then , masukkan dalam satu bekas bahan-bahan tu , penyek sampai lumat . then rasa la sikit . ikan sardin tu kalau nak masak dulu pon takpe , kalau taknak masak amik terus dari tin pon boleh sebab kita dah perah asam limau tukan ? jadi ganti masak la tu . then , siap gaul sampai sebati semua , leh la sapu kat roti tu haa . then boleh la makan . bagi yang tak suka pedas , boleh la kurangkan bilangan lada nye haa . oke . SELAMAT MENCUBA ! 
 
# suka bila hasil air tangan kita dinikmati dan disukai ramai orang . tak terasa penatnya :D

CIK DONUT MEMBEBEL

Monday, July 30, 2012

RAMADHAN yang indah .

Kelebihan Sembahyang Tarawih Malam 1 Hingga 30


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, July 22, 2012

selamat bertunang .

SELAMAT BERTUNANG . for long time they were be a sweet couple . now they will be married . Congratulation my best friends . both of u , selamat menjalani liku kehidupan bersama .

* even aku terlambat . 


CIK DONUT MEMBEBEL

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum semua . semua massih bermaya lagi ke ? hehe . walaupon dah terlambat , still saya ingin ucapkan AHLAN WASAHLAN ya RAMAHDAN buat semua kenalan . beramal jariah di bulan penuh keberkatan . ayuh semua :D
lama tak menjergah kat sini kan ? banyak cerita ingin dikongsi . kawan saya di Sunderland , selamat menghabiskan DEGREE nya di sana . baru baru ni konvo . Tahniah Amin . cepat cepat pulang Malaysia ye ? kami merindui mu . * balik jangan tangan kosong *
then , seminggu sebelum berpuasa , saya mendapat panggilan dari kawan yang saya sayangi ALIF HAIKAL , " ya , aku nak mintak berkat kawan kawan . esok aku nok g jepun dah . stay sana 3 bulan . puasa raya birthday sana . urusan kerja . " sebak saya . dan saya berkata " alif , amin nok balik mu pulak nak pegi . bila kita leh jumpe ramai ramainya .. " semoga kebaikan sentiasa bersama mu kawan . aku sayang mu kerana ALLAH . gud luck kawan !
oke . semoga selamat semuanya . ingat , yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat buatmu :D

selamat beramal . selamat berbuka kawan kawan :D

CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, July 8, 2012

petang ini .

salam semua .. wah berhabuk sangat sangat kan ? maaf la banyak sangat kerjanya tambah pulak baru mula semester ni . sangat banyak presentasinya . sorry sorry my dear ..
 
oke , kembali dengan semangat baru . semester ni , its about gynae and pediactric . penyelaras baru , pengajar baru , ahli group baru ( its divide to 13 group in my class ) , then sitting at new place . percaya atau tak , saya duduk di antara lima bariasan hadapan di dalam kelas . oh mai god ! itu ke cik donut ? perubahan drastik . haha 
 
now , kita bercakap pasal RAMADHAN . tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa kan then raya kan ? kan ? wah , mesti korang prepare bagai nak rak kan ? baju raya tema apa tahun ni ? kasut raya dah beli ? baju berapa pasang ? raya kat mana ? wait wait , raya raya jugak , puasa tahun lepas dah ganti belom ? haa . kan tak pasal pasal kena keluarkan beras . hehe . jangan lupa ganti yang lepas ye ? :D
 
oke la , dah nak maghrib . ada masa cik donut update lagi ye ? entry after this kita akan bercerita pasal KAWAN . insyaAllah . 
 
Take care my all friends . be nice and other will be nice back to you :D
 
Assalamualaikum . 
 
 


CIK DONUT MEMBEBEL

Thursday, June 14, 2012

selamat sudah .

Assalamualaikum semua ..
Syukur ke hadrat Ilahi majlis berjalan dengan lancar , now baru siap packing barang untuk balik kampung ( senyum memanjang ) for 2 weeks more . kena kosongkan bilik sebab dah habis semester , semester depan bilik lain aras lain pulak . ohmaigod . banyak sangat barang . mujur disediakan stor dari pihak kolej . hee . 
pagi tadi , majlis meriah sekali . bermula jam 9.50am , ketibaan Raja di Hilir . then dalam 10.30am ketibaan Sultan Perak dan Permaisuri diiringi menteri besar Perak dan isteri serta Timbalan Menteri Kesihatan ( ganti Menteri Kesihatan ) dan suami serta dayang dayang pilihan ( senior semester 3 nursing batch 1/2011 ) .. acara lancar . tamat tepat jam 12pm .. saya tunggu time ni . MAKAN FREE .. sedap -,-

bermula hari ni , kolej saya bertukar nama .

 KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH ULU KINTA , PERAK DARUL RIDZUAN 
now . mood balik kampung pulak . malam ni . kul 9 pm insyaAllah bertolak . doakan semoga selamat sampai . 
# assignment semester 3 dah menanti . banyak pulak tuh . puii -,-
oke lah kawan kawan . have nice day . take care ur self very well . jumpa di lain hari ye ? 
Assalamualaikum !
* saya tak sempurna . saya tidak mengata sapa sapa tapi andai kamu terasa pikir dulu sebelum berkata . kita tengok mana datang puncanya . ( ini untuk kawan saya yang lupa diri ) .


CIK DONUT MEMBEBEL

Tuesday, June 12, 2012

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta

Assalamualaikum semua .. 
 
Well , entry kat atas tu . ye , perasmian kolej saya . KSKB SAS UK .. sepanjang 3 ari duk sini , 3 ari lah raptai berjalan . mahu perfect katanya .. 
 
serba sedikit tentang kolej :
 
kami group nursing batch 2 / 2011 anak SULUNG yang merasmikan pendaftaran di sini bersama MA group 30 . 
dibuka pada 1hb Julai 2011 .
gabungan 3 buah ILKKM ( Kolej Kejururawatan Taiping , Kolej Kejururawatan Ipoh , Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ) .
 
oke , perasmian ni sempena Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah yang ke-84 .
 
Acara dijangka berlangsung pada 14hb Jun 2012 bermula jam 9.50am dimana ketibaan Sultan dan isteri , Menteri Kesihatan Malaysia dan isteri , Menteri Besar Perak dan isteri dan tetamu VIP diiringan dayang-2 yang diwakili oleh pelatih nursing , persembahan gamelan dan pancaragam dari PDRM . Dimulakan dengan pembukaan persembahan tarian dari pelatih , nyanyian koir dari para pelatih then bacaan doa . then menteri kesihatan berucap , menteri besar berucap ,  then Sultan mencemar duli merasmikan nama kolej dan sekali lagi pasukan koir akan menyanyikan lagu kolej yang baru . siap semua tu , insyaallah Sultan dan tetamu VIP dijemput melawat pameran dan bersantap berlatarkan tarian dan nyanyian dari pelatih pelatih paramedik . then perasmian selamat bersurai . Insyaallah semoga berjalan lancar .
 
oke , ini Sultan Azlan Shah dan isteri Raja Permaisuri Bainun yang bakal merasmikan kolej saya dan lambang kebanggaan kami semua nanti .
 
 
di sini bakal lahir paramedik yang berkaliber dan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik . Insyaallah .
 
KAMI SEDIA MEMBANTU 

oke , doakan majlis berjalan dengan lancar dan yang pastinya malam esok saya balik kampung untuk kali kedua bulan ni ( sambung cuti yang masih bersisa ) ..
andai ada kekhilafan ejaan dan sebutan , mohon jutaan kemaafan dari hati yang tulus , sesungguhnya khilaf itu datangnya dari saya dan segala yang baik itu datang dariNya ..

take care lots my love friends ..
Assalamualaikum ..

CIK DONUT MEMBEBEL

Wednesday, May 30, 2012

syukur Alhamdulillah .


good bai semester 2 . 
welcome semester 3 .
please ! 
be nice with me .
# sangat teruja dapat melepaskan sem 2 
# thats killer semester -,-
Thanks ALLAH ! Alhamdulillah .

CIK DONUT MEMBEBEL

souvenir malam itu .

souvenir malam nurses day tu . berbaloi kah ? bayar mahal mahal tapi takpe . terima kasih ye ?


bai !

CIK DONUT MEMBEBEL

malam dinner nurse's day .

Assalamualaikum semua . sihat tak semua ni ? oke , ari tu ada janji kan ? nak tunjuk gambar-2 malam dinner tu kan ? oke . janji tertunai . takde lah cantik sangat pon sebenarnye . sekadar nak penuhkan syarat-2 je pon . ikut tema lah sangat kan ? haha . tapi malam tu syoknye , dapat makan sampai kenyang tahap DEWA . semua yang ada kat atas meja ( i mean yang terhidang lah ) hehe , semua saya masukkan dalam perut . semua saya rasa . sedap ! 

saya akan upload dari dewan yang kosong sampai dipenuhi orang ramai ye ? jom pakat tengok-2 !! 









oke , yang ni je mampu upload . dah banyak kali try upload tapi still tak kuar jugak . insya Allah ada masa saya upload lagi ye ? 

perihalgambar :

1 . bila perut mintak diisi , muka kami tampak gerun . haha

2 . " psst , tehah ! ape tu kat hidung awak ? " haha

3 . ketibaan VIP . actually fokuskan pada tudung MERAH tu , tudung dea sama dengan kawan saya ( fatehah ) punya tudung . hahaha . padan muka !

4 . kami sekawan . satu meja sepatutnya 10 orang , tapi macam man kami hanya sembilan . so , peduli hape kan ? makan tetap makan . kami BAYAR ! hee

5 . gambar dengan budak vouge . ( takde lah vouge sangat kan ? bajet habes , sekadar nak tunjuk kat kawan kawan mane mane yang terlepas pandang . haha .  puii ! )

6 . saya dan roomate tersayang yang banyak ragam . ehem ! red carpet tuu -,-

oke , dah dah . nanti sesi kedua will coming soon . tunggu tau ? hee

good bai semua !

CIK DONUT MEMBEBEL

Monday, May 28, 2012

DINNER nurse's day .

Assalamualaikum semua . dah tidur ? berlari lari cik nadia semata nak umum something ni . well , baru balik DINNER . haha . tema dinner kali ni : MERAH , HITAM , PUTIH . oke ?

ehem , gambar tak dapat uploud lagi . still in cik canon -,-

after dis . JANJI ! tunggu tau ? xde la vouge sangat pon . tapi comel tu still ada ( koya nak mampos )

oke lah kawan kawan , need to rest . esok 6am nak pegi wad dah . perjalanan masih jauh .

selamat malam . jaga diri tau ? sayang korang ! 

Assalamualaikum .


CIK DONUT MEMBEBEL

welcome to 22 kawan !

special for him . he was my bestie FRIEND . Ahmad Muslim bin Malik bin Musadali . HAPPY BIRTHDAY mulem . semoga panjang umur murah rezeki murah belaka belaka . cepat kawin . jangan makan banyak banyak . nanti balik aku bagi hadioh ye ? 
ni aku curi gambor mu mulem weh . jangan maroh , mintok HALAL . 
ini dia besday boy . hensem kan ? -,-



comel tak gambar ni ? dah lama aku niat nak letak dalam blog aku . masa si mulem ni lecik kecik . comel ! -,-


oke , HAPPY BIRTHDAY on 28 MAY for every year . specially for this year 2012 . mu kawan aku sampai bila bila .



CIK DONUT MEMBEBEL

Alhamdulillah .

Assalamualaikum semua . lama tak bercerita kan ? rindu cik Nadia tak ? ( soklan budaak darjah satu ) . oke oke , buat yang masih bersekolah , SELAMAT BERCUTI SEKOLAH . cuti cuti jugak , buku jangan lupa tau ?
 
hari ni nak bagitahu , ada sambutan Hari Jururawat peringat kolej . ada sukaneka ( aku masuk tarik tali je ) , ada perhimpunan pagi , then malam ni ada majlis makan makan ala ala red carpet gitu . tapi saya cuma pakai kemeja je . malas nak melaram lah , lain lah dinner kat hotel . haha . tambah pulak bukan jenis saya melaram . tunggu kawen nanti lah saya melaram . ( gatal ! )
 
tadi result semester 2 dah keluar . just untuk tahu LULUS GAGAL SAHAJA . tadi masa perhimpunan , pengarah ada umum peratus keputusan dari semester 1 - semester 6 ( MA and Nursing ) . semester 2 got 97% . dan saya , Alhamdullillah LULUS . call ma petang tadi , cakap la ' ma , kakya lulus exam sem 2 . leh naik sem 3 nanti ' . ma suka then cakap ' Alhamdulillah , kan ari tu kakya dah janji nak bagi hadiah Hari Ibu yang kakya nak buat lulus final exam tu . hehe ' .. Ya Allah , sumpah aku lupa janji tu . tapi Alhamdulillah , aku kotakan janji tu . hadiah buat ma and ayah . pointer ? nanti surat sampai umah . 
# kawan kawan yang failed , jangan putus asa ! buat yang terbaik untuk paper repeat nanti ( 5hb n 6hb jun ) .
 
tengah hari tadi , pergi beli tiket . oh lala , BALIK KAMPUNG ! selamat , tiket sudah tersenyum dalam purse -,-
 
oke la ,tu je yang mampu diluahkan . saya nak bersiap siap . nanti nak pergi bedal makanan dinner tu . ntah makan ape lah deorang sediakan . mintak mintak lazat ! haha . ( memang jenis kuat makan )
 
kawan kawan , jaga diri baik baik tau ? semoga Allah merahmati hidup kalian .
 bai . Assalamualaikum !


CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, May 20, 2012

waktu lapang .




haha . 
godek godek entry dulu dulu .
jumpa gambar ni !
sumpah lawak sampai guling guling .
macam mana boleh buat muka cuak lagu tu ?
hah , diri .
TOLONG jawab !


( percubaan pertama pakai eyeliner )
seriously , mata saya BERAT .
tapi sekadar mencuba SHJ .


sekarang ,
kadang pakai kadang tak .
sebab malas nak cuci bila ambik wuduk .
cerewet sangat .
time bendera merah baru pakai .
sebab tak payah susah susah sebab saya punya
waterproof .
( betul ke ejaan ? )


oke , cukup gelak .
tengok ni .






ini saya sekarang .
tak de beza pon kan ?
haha .


mood : boring , kawan kawan tido .


CIK DONUT MEMBEBEL

kawan .

salam semua . lama tak bersua kan ? sangat sibok . dah start posting balik , so ,not enough time to spend here  . lala ( mana nak cukup kalau asyik membuta je lepas duty ) kihkih .

hari ni cuti . off day . bangun je tido ( lepas subuh tido balik ) around pukul 9 terus basuh baju yang 2 hari tergendala ( shift petang so malas la nak basuh hehe ) , then ada kawan ajak pergi sembelih mangga kat pokok dalam hostel ni . so , buat galah sendiri ( aku anak kampong tiada pelajaran kuli kuli sahaja bla bla bla ) banyak jugak la hasil usaha saya dan kawan kawan . mangga epal . mahu tak nak ? syok makan sampai jilat jari berlari lari rebut bilik air . haha . ( gilo ayat sampai pening bace ) .

oke oke , siap hal pagi , then salina ni asyik bersungut lapar lapar . bedal la biskut Jacobs cicah air teh . khowww . pon berebut jugak nak makan . si fatehah pon same . lapar tapi jual mahal . haha . siap siap pegi makan nasi kat Restoran Cili Hijau tepi UO Ipoh . pusing pusing Ipoh Parade , tengok ade Bridal Promotion ( intuk cina SHJ ) tengok la model model catwalk atas pentas tu . lalu tepi diorang sakit tengkok nak tengok pasal tinggi tinggi sangat ! ( maklum lah saya sedikit rendah ! ) 

balik je bilik , usai solat zohor . si fatehah ni suruh bukak blog dea . ada ape ntah la , saya pon godek godek terpandanglah something ni . ( inilah tujuan utama entry kali ni ) . she said FRIENDS UNTIL JANNAH . so touching ! ye , kita kawan sampai SYURGA . InsyaAllah . awak , berkawan dengan saya kena banyak sabar . mulut saya suka bercerita so tadah telinga lah ye ? hee .

ini dari blog semek fatehah tu . untuk tatapan kalian . saya suka print screen . gaga oh lala .


oke , puas hati ? haha . penat saya potpet potpet kat cni . 
akan muncul entry lain pulak .
bai ! sayang korang -,-

CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, May 13, 2012

its done !

Assalamualaikum semua .
( senyum lebar pagi pagi . 10minit lagi nak masuk tengahari )
kenapa happy je ?
tengok tajuk entri tu ^
FINAL EXAM ALREADY FINISHED .
ye , sudah habis .
tak perlu bersengkang mata sampai awal pagi ,
tak perlu mengadap buku tebal tebal , 
belek nota yang bertimbun ,
tak perlu jawab esei panjang-2 dalam masa sejam ,
tak perlu fikir dalam dalam ,
dan tak perlu bagi tekanan kat otak lagi .
sebab PEPERIKSAAN TELAH TAMAT .
TAMAT -,-
( harap harap lulus semuanya with beautiful words )
amin Ya Allah .
 
oke ,
sekarang ,
berKEMAS .
sekejap lagi nak bertolak ke Kolej Kejururawatan Ipoh .
stay sana for 3 weeks .
sambung praktikal .
semoga berjalan dengan lancar .
insyaAllah .
 
 
oke lah semua ,
nak sambung packing ni .
tak bawak banyak pon sebab sekejap je kan .
 
korang ?
* TAK SABAR nak BALIK KAMPUNG .
miss home badly -,- 
 
oke , chow keuw teaw !
bai -,-
sayang semua .
Assalamualaikum !

CIK DONUT MEMBEBEL

final exam .

salam semua .
fuh fuh fuh ! 
jengok sekejap je ni .
final exam still running dear .
ada SATU paper lagi .
yang lain yang dah lepas tu ,
berserah .
mintak mintak LULUS SEMUA .
 
 
miss you all .
pray for me okay ?
Assalamualaikum !
 
 
* gila ketar mase OSCE . 
harap harap LULUS .


CIK DONUT MEMBEBEL

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com