COME AND POOLOO ME=,=

Tuesday, June 12, 2012

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta

Assalamualaikum semua .. 
 
Well , entry kat atas tu . ye , perasmian kolej saya . KSKB SAS UK .. sepanjang 3 ari duk sini , 3 ari lah raptai berjalan . mahu perfect katanya .. 
 
serba sedikit tentang kolej :
 
kami group nursing batch 2 / 2011 anak SULUNG yang merasmikan pendaftaran di sini bersama MA group 30 . 
dibuka pada 1hb Julai 2011 .
gabungan 3 buah ILKKM ( Kolej Kejururawatan Taiping , Kolej Kejururawatan Ipoh , Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ) .
 
oke , perasmian ni sempena Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah yang ke-84 .
 
Acara dijangka berlangsung pada 14hb Jun 2012 bermula jam 9.50am dimana ketibaan Sultan dan isteri , Menteri Kesihatan Malaysia dan isteri , Menteri Besar Perak dan isteri dan tetamu VIP diiringan dayang-2 yang diwakili oleh pelatih nursing , persembahan gamelan dan pancaragam dari PDRM . Dimulakan dengan pembukaan persembahan tarian dari pelatih , nyanyian koir dari para pelatih then bacaan doa . then menteri kesihatan berucap , menteri besar berucap ,  then Sultan mencemar duli merasmikan nama kolej dan sekali lagi pasukan koir akan menyanyikan lagu kolej yang baru . siap semua tu , insyaallah Sultan dan tetamu VIP dijemput melawat pameran dan bersantap berlatarkan tarian dan nyanyian dari pelatih pelatih paramedik . then perasmian selamat bersurai . Insyaallah semoga berjalan lancar .
 
oke , ini Sultan Azlan Shah dan isteri Raja Permaisuri Bainun yang bakal merasmikan kolej saya dan lambang kebanggaan kami semua nanti .
 
 
di sini bakal lahir paramedik yang berkaliber dan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik . Insyaallah .
 
KAMI SEDIA MEMBANTU 

oke , doakan majlis berjalan dengan lancar dan yang pastinya malam esok saya balik kampung untuk kali kedua bulan ni ( sambung cuti yang masih bersisa ) ..
andai ada kekhilafan ejaan dan sebutan , mohon jutaan kemaafan dari hati yang tulus , sesungguhnya khilaf itu datangnya dari saya dan segala yang baik itu datang dariNya ..

take care lots my love friends ..
Assalamualaikum ..

CIK DONUT MEMBEBEL

2 comments:

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com