COME AND POOLOO ME=,=

Sunday, April 14, 2013

Pilihan raya 2013

Assalamualaikum semua ..

Semenjak parlimen dibubarkan baru baru ni , semua orang bercerita pasal pilihanraya . Saya dah daftar mengundi dua tahun lepas . Anda ? Bagi yang dah daftar tahniah diucapkan . Kita lah penentu pembentukan sistem pemerintahan yang berdaulat sekiranya kita melakukan pemilihan yang tepat bukan berdasarkan kehendak hati dan pandangan hawa nafsu . Saya tak masuk mana mana pihak tapi as a pengundi , we have a own choose without paksaan mana mana pihak kan ? Sebab tu depa kata undian anda adalah rahsia . Tak kisah korang ahli Umno ke , ahli Pas ke , Keadilan ke , Pakatan Rakyat ke , Parti Bebas ke tapi kita kan rakyat Malaysia , jadi kita kena lah bersatu hati dalam membentuk negara yang berjaya di mata dunia . Walau berbeza pahaman politik sekalipun , takkan kita nak bergaduh sampai tumbuk tumbuk kan ? Tu tak professional namanya . Cuba bertindak pakai akal , bekerja pakai ilmu mesti semua ni tak jadi masalah . Cuba :)

Dengar dengar kata 05 Mei 2013 kemungkinan kita akan mengundi . Tapi saya check jadual semester tarikh tu jatuh tarikh final exam saya . Oh , macam mana ni ? Kemungkinan hilang satu undi jika depa tak ubah tarikh exam . Tapi undi pos boleh ke eh ? Sayang lah , mengundi bukan tiap tiap tahun , empat tahun sekali . Nak jugak rasa macam mana pergi mengundi tu . ( semangat nak mengundi hehee )

Kepada semua pengundi , SELAMAT MENGUNDI ikhlas dari cik donut . Jalankan tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa dalam memilih pemerintah yang betul berlandaskan agama Islam yang kita dukung ( bukan promote mana mana parti yee ) . Buatlah pilihan yang bijak sebagaimana kita bijak berbelanja di Tesco haha . 


Saya juga bakal mengundi . SELAMAT MENGUNDI SEMUA !!! :)

Ikhlas : Cik Donut Manis . Pengundi bijak .


CIK DONUT MEMBEBEL

Friday, April 5, 2013

Wedding Sharifah Amira .

Assalamualaikum semua ..

Sebelum terlambat , Selamat Pengantin Baru Sharifah Amira dan pasangannya Syed Mohd Izwan . Alhamdulillah . Oke , sebenarnya wedding ni dah lama tak la lama sangat tapi baru diupload sebab gambar baru dapat kiikii sorry u'olls sorry oke . Majlis yang sweet sangat , tema yang memikat hati jiwa semua , souvenir yang cantik untuk dikenangkan dan yang penting for the eight years we dont meet each others but on her wedding we meet again with the suprise haha aku still kecik macam dulu berbanding mereka mereka yang semakin membesar semakin cantik hensem kacak bergaya vouge dan ada sesetengah sudah memegang status hak milik orang . Oh saya agak jeles ! :)

Amira , she a kind girl . For a long time friends with her , i know many things in the world . Yes , masa tu kita muda remaja tengah meningkat usia ( zaman persekolahan ) tapi melalui kawan kawan kita tahu erti dunia , erti persahabatan , erti kasih sayang dan erti perikemanusiaan . Kawan mengajar kita erti susah payah dalam mengharungi kehidupan tatkala berjauhan dengan keluarga kan ? Oh , itulah Amira . A strong girl , a funny friend funny face , when i am with her , laugh is like an oksigen with me haha . Amira , kau dah kawin sekarang . Kau dah pegang status baru . Welcome to new life . MARRIED .

Gambar wedding Amira dan Izwan ( macam aku baik je dengan laki mu panggil gitu lagi kahkah ) Kredit to Mek Jaa sudi kongsi last picture . Lama aku tunggu haha









Setelah lapan tahun . Ini hasilnya dari kami anak didik SMKADG . Ramai yang attended majlis hari tu tapi tak sempat bergambar sebab hari hujan kebetulan datang sebelum kaum Adam nak pergi sembahyang Jumaat . Jadi masing masing terkejar kejar . Tak sempat nak lepak lama lama ambik gambar banyak banyak cakap sampai penat . Takpe , nanti kalau ada event lagi kita jumpa ramai ramai lagi ye ? Kita tunggu dan lihat siapa lepas ni yang pasti bukan saya . Itu pasti :)

To Sharifah Amira dan Syed Mohd Izwan : 
1. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit cuek haha 
2. Jangan planning planning sangat , tak sabar nak tengok anak anak kamu mesti comel comel .
3. Amira , be a good wife as long u be my good friend dear oke ?
4. Izwan , jaga Mira baik baik . Kami sayang Mira sebab dia garang haha
5. Doakan aku cepat dapat jodoh haha
6. Halal , aku curi gambar mu dalam FB haha

Oke . Penat merapu . Berlebih lebihan dah merapu ni . Oke ? Jaga diri baik baik semua . Love u'olls . 

Ikhlas : Cik Donut Manis .




CIK DONUT MEMBEBEL

Friday, March 29, 2013

Kuatkan semangat Miro Ya Allah .


Assalamualaikum .

Mintak tolong , doakan sahabat saya Amerul Hafiz Zaharudin . now kritikal at Hospital Sultanah Nur Zaharah Kuala Terengganu HSNZ . Internal bleeding . Neo by neo kat Meraga Beris , Kijal . Kelmarin dulu . Miro , kuat semangat kawan ! Aku tahu mu kuat , ingat mu ada ramai kawan kawan duk tunggu mu sedor . Bangun Miro . Bangun lah . Tolong lah . Mu tau betapa kami sayang mu kan ? Kuat semangat kawan please . Ingat Allah nak duga mu time ni . Kami tunggu mu buka mata . Please , bangun lah .. :(


Gambar Miro kat ICU HSNZ by Muslim . Thanks Muslim sanggup share ke kawan kawan . Aku mampu doa dari jauh . Cik Pozan bagitahu dia dengor kalu kita cakap dengan dia sebab airmata dia meleleh masa kita cakap . Separa sedar . Kuat Miro . Atas nama TATiUC , mu kawan aku selamanya . Susah senang sama belaka . Kalau lah aku boleh balik aku gi lawat mu Miro , sungguh . Kuatkan semangat Miro . Aku tunggu mu bangun . Kami tunggu . 

InsyaAllah malam ni akan dibuat sembahyang hajat . Minta Allah beri keajaiban , dipanjangkan usia , sebab Allah mesti nak uji kita je kan ? Kami sayang mu Miro , ingat tu .

Masa tengok gambar ni , aku kaku terkejut kelu tidak terkata . Sejujurnya menitis jugak setitik air mata tak sanggup untuk melihat . Semalam Muslim pm gambar kereta tak terkelu sangat sebab kereta kita tahu ciptaan manusia . Tapi Miro , tiada dua tiada tiga , dia Amerul Hafiz kawan kami .  Mesej kat Muslim , " Lem , tiba tiba aku sebak tengok gambar Miro " . 

Semoga mu tabah Miro ! InsyaAllah .
Cik Donut Manis menangis .

CIK DONUT MEMBEBEL

Wednesday, March 27, 2013

Selamat Hari Jadi Ayah !

Assalamualaikum semua ..

Berdasarkan tajuk di atas , oke ye hari ini hari kelahiran ayah saya yang tersayang yang ke 55 tahun , dah tua ke ? Eh tak la , tak tua lagi sebab anak anak semua tak kawin lagi kan ? Tak jadi atok pon lagi kiikii . Oke di kesempatan ni , wanna wish u as well la . Pagi tadi lepas subuh setengah jam duk bergayut sakan dengan ayah . Free katanya haha . Macam macam cerita pulak , tak kurang gossiip ayah aku ni . Oke ayah , kakya tengah exam ni . Just leave one paper only . Seriously tak sabar nak habis ! Penat duk membaca sampai nak tercabut dah anak mata ni . oke ayah , kakya sayang ayah sangat sangat ! Jangan lupa pakai baju hadiah kakya bagi tu tau ? One more , Selamat Bersara Encik Mohamad . Berkhidmat 30 tahun ++ di EPIC . proud be your daughter , ayah ! 

Lots of hug and love : Nadia Ilyana aka Cik Donut Manis anak ayah .

kat sini lah ayah saya berkhidmat . Cun cun cun :)

Bai . Salam maghrib !


CIK DONUT MEMBEBEL

Monday, March 18, 2013

ORTHOPEDIK .

Assalamualaikum semua .

Orthopedik . cawangan perubatan berkenaan dengan pembetulan kecacatan tulang atau otot . bahagian tulang tulang . patah riuk . atau bahasa kampung bahagian orang sakit ada kaitan dengan tulang dan otot otot . 

Kini , saya berposting di wad 4A Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh . yes , orthopedik ward . Male . Hari ni , 18 hb Mac 2013 . First day here , rasa macam nak tercabut dah kaki tangan ni . berlari ke sana sini , kerenah pesakit yang pelbagai , doktor yang banyak songeh , staff yang oke but not really oke , senior yang kuat memberi arahan ( itu pasti ) . penat , sebelum ni kerja wad jugak tapi tak sepenat hari ni . seriously -,-'

Kebanyakan patient dalam wad ortho ni patient diabetes ( bagi golongan veteran ) , yang accident ( tak kira umur ) dan ada kanser . kesian tengok sorang sorang . tadi buat dressing kat uncle India tu , dah tua uzur sangat . dekat sejam buat dressing dia sorang . Dekat kepala  guna Dermacyn , kat tangan guna normal saline , kat kaki guna normal saline dan kat besi macam arial tv tu guna povidon . hah , mau tak sejam aku berdressing dengan beliau . haha . Aseptic technique hilang entah kemana ( makan di ayam ) . masa cuci pakai dermacyn tu mengelepor uncle tu . patient uncouncious tapi patient dapat rasa sakit tu . cakap kat kak senior ' kak , tak sampai hati nak teruskan ' tapi kak senior cakap teruskan . Kejam !


Ada jugak patient yang baru lepas amputation AKA ( potong kaki ) . Diabetes . just left one leg , so poor , duduk atas katil je . buat dressing , masa pusing ke kanan , kawan cuci luka belakang sebab dah ada back sore ( kudis tekanan ) . puncanya : tak ubah baringan , statik asal jadi kudis la . teruk . ada slough . masa cuci sore tu , muka dia berkerut then saya tanya ' acik , sakit sangat ke ? ' . dia jawab ' sakit tapi nak buat macam mana dah , cuci la nak ' .. sedih , yes , my soul shock . kuatnya pakcik ni . semoga pakcik tabah ! 


Tu yang sedih , ni yang menggeramkan pulak . Ada uncle India jugak , dia restless tapi mulut dia macam mintak kaki . tadi masa nak ambik blood pressure dia , nak mintak lah dia move ke kanan sikit sebab dah mengiri sangat siap selamat satu badan sekali muka dia balut . bukan apa , takut jatuh je tambah pulak penghadang kat tepi tu tak angkat . saya cakap dengan begitu lemah lembut longlai lagi ' uncle , gerak ke kanan sikit boleh ? saya nak angkat besi ni nanti uncle jatuh ' . tau ape si India tu jawab ? ' apa ? jangan ingat kau orang melayu kau rasa hebat ehh . aku tak kan jatuh . jangan ingat India sini tadaaa kuat . aku saman kau kang ! ' .. saya ? ( garu kepala geleng geleng kepala ) , mujur pakai mask , dah la kuat uncle gila ni jerit , nasib ada mask buleh cover malu . then saya terus blah . lantak la uncle . jatuh kau , jangan kau menyusahkan kami pulak dah . ada jugak manusia macam tu , kita niat nak jaga dia , dimarahi pulak kita ni . tiba tiba nak races bagai . hairan !


Sepanjang tujuh jam kami bekerja non stop , penat lelah Allah je tahu . kena maki , kena marah , kena puji , kena bebel kena macam macam kami tadah je telinga selama tujuh jam ni . Niat ikhlas kerana Allah , demi amanah yang dipertanggungjawabkan . Sesungguhnya , di bahagian orthopediks ni , macam macam kita boleh belajar . how to learn about our body for our future , memang semua ni datangnya dari Nya , tapi selagi kita dapat cegah sebaiknya cegah , jaga pemakanan dari muda . kalau tahu keturunan ada penyakit diabetes , check setiap bulan . tak salah check , sebagai langkah berjaga jaga . tak salah kan ? 


Demi amanah yang dipikul , ikhlaskan hati . Bersama masyarakat tanpa ada perasaan pilih kasih atau berat sebelah . Senyuman sentiasa terukir walau hati tak mampu menandingi kemanisan senyuman itu . Sekian .


Buat tatapan kawan kawan . gambar diambil untuk calon setiausaha Majlis Perwakilan Pelatih KSKB  SAS Ulu Kinta . tapi hanya mampu memegang Exco Pengangkutan dan Keselamatan sahaja . 


Cik Donut Manis .








CIK DONUT MEMBEBEL

18 Mac 2013 .

Ahmad Syahmi bin Mohamad . Adik tersayang . Selamat Hari Lahir . Sweet 18 dear . 

Special wishes for you :
  • Moga dapat result SPM gempak gempak !
  • Jadi insan berguna .
  • Jangan gatal gatal , lambat lagi boleh kawen .
  • I love u very much bro .
  • Jadi anak , adik , abang yang soleh , baik dan bertanggungjawab .
  • Just be yourself bro .
  • Proud of you dear .
Oke , untuk tatapan semua . Ini adik saya . Mie . Kakya sayang Mie . seriously .



Tu dia dengan buah hatinya . kiikiii . Eyna . Hope happy together . In Shaa Allah . Amin .

Cik Donut Manis


CIK DONUT MEMBEBEL

Saturday, March 16, 2013

KAWAN . BESTIE . SAHABAT .

Assalamualaikum selamat sejahtera semua.

KAWAN . apa maksud kawan ? seorang manusia yang berdekatan dengan kita , berkongsi segalanya kisah hidup dengan kita , menerima kekurangan kita , membimbing kita ke jalan yang lurus dan tidak terpesong dan sentiasa meminjamkan bahu andai kita memerlukannya . Itulah kawan . kawan ada banyak jenis contohnya kawan baik , kawan karib , kawan biasa macam macam lagi . 

Dalam berkawan ni , banyak ragamnya . Memang manusia lah kalau ragamnya banyak . berkawan biarlah ikhlas , bukan mengejar publisiti , kemewahan , kecantikan semua semua yang pelikpelik samapai tak mampu nak pikir dah . Dalam persahabatan yang dibina dicipta , bersama itu kita ungkai kenangan manis pahit , terasa hati , bergaduh kecil itu normal dalam persahabatan . tak semua idea diri atau kelakuan kawan kita yang cantik di mata pikiran kita , tak salah menegur tapi agak agak la sikit , jangan tegur melulu , fikir dulu sebelum tegur , takut ada yang terasa hati . 

Memang diakui , saya sedikit hot tempernya . bukan bukan , tak banyak sangat tak sikit sangat . when im sitting with otai otai lama Bumi and they were fighting each others ( main dam ) , mereka tak semua bersefahaman . ada jugak perselisihan tapi professional attitude la . kan ? 

Kawan . Bak kata adik Najwa Latif ada dikala kita suka , duka , dalam tangisan dan ketawa . itulah kawan , selalu teman kita , kongsi segala cerita kehidupan . Sahabat . Kawan . Bestie . mencari kawan mudah je kan ? tapi nak jumpa seorang yang betul betul bersama kita tu payah . bukan dicari ketika ditinggal kekasih , bukan dilupai tatkala bertemu penganti . ye , memang saya sedang menyindir . sila terasa yang berkenaan . oke ?

Mereka selalu bersama , bercerita pahit manis kehidupan , susah senang harungi bersama , tangan teguh berpaut antara satu sama lain , ada tangan yang dihulur dan tangan yang menyambut dan yang penting rahsia kawan tersimpan rapi dengan amanah . Kawan yang membuka pekung keaiban kawannya di hadapan kawan yang lain BUKAN kawan yang boleh dibuat kawan dan harus tinggalkan saja biar padan muka dia . Its better *


Dalam berkawan pasti ada sedikit pertengkaran , perbezaan pendapat namun bukan atas alasan itu kita semudahnya memutuskan perhubungan sebuah persahabatan tu . Dulu saya ada kawan , sangat baik dalam persahabatan namun terputus di tengah jalan mungkin disebabkan salah faham . terlalu banyak salah faham . sebelum ini , saya cuba diamkan . namun di saat saya sendiri mendengar ungkapan yang diluahkan dari mulutnya , automatik saya istiharkan that she not my friend anymore . its not about small matter , but she was down and curse my family , my parent's job . yes , parent i not under govenment so why that will be issue ? kami cukup makan , cukup pakai segala , tak merempat pon . kerana bapak kau kerja govenment ? halal ke kerja nya ? hah , mohon terasa . ( dah lari topik ) . kalau lagu ni nak ajak berkawan , its better berkawan dengan drug users la . mereka lagi ada hati perut . haha . kan kan ??


So dalam berkawan tu adat la , tak gaduh tak mesra . kadang gaduh ni baik jugak sebab kita akan lebih tahu macam mana perangai kawan kita tu sebenarnya . tapi jangan lah gaduh sampai tumbuk tumbuk . tu bukan setakat kenal kawan , dapat kenal hospital lagi . just joke *


Berkawan biar beribu . kerana kawan , kita akan lebih kenal erti kehidupan sebenarnya . tapi dalam berkawan , keluarga harus diutamakan , kawan memang selalu ada tapi yang paling setia dengan kita is KELUARGA . berkawan berkawan lah , jangan nanti dipanggil si kera sumbang pulak , berhati hati memilih kawan , takut kawan bertukar jadi lawan . oke ?


KAWAN , terima kasih kerana sudi menerima saya seadanya . Cik Donut Manis .

CIK DONUT MEMBEBEL

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com