COME AND POOLOO ME=,=

Monday, March 18, 2013

ORTHOPEDIK .

Assalamualaikum semua .

Orthopedik . cawangan perubatan berkenaan dengan pembetulan kecacatan tulang atau otot . bahagian tulang tulang . patah riuk . atau bahasa kampung bahagian orang sakit ada kaitan dengan tulang dan otot otot . 

Kini , saya berposting di wad 4A Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh . yes , orthopedik ward . Male . Hari ni , 18 hb Mac 2013 . First day here , rasa macam nak tercabut dah kaki tangan ni . berlari ke sana sini , kerenah pesakit yang pelbagai , doktor yang banyak songeh , staff yang oke but not really oke , senior yang kuat memberi arahan ( itu pasti ) . penat , sebelum ni kerja wad jugak tapi tak sepenat hari ni . seriously -,-'

Kebanyakan patient dalam wad ortho ni patient diabetes ( bagi golongan veteran ) , yang accident ( tak kira umur ) dan ada kanser . kesian tengok sorang sorang . tadi buat dressing kat uncle India tu , dah tua uzur sangat . dekat sejam buat dressing dia sorang . Dekat kepala  guna Dermacyn , kat tangan guna normal saline , kat kaki guna normal saline dan kat besi macam arial tv tu guna povidon . hah , mau tak sejam aku berdressing dengan beliau . haha . Aseptic technique hilang entah kemana ( makan di ayam ) . masa cuci pakai dermacyn tu mengelepor uncle tu . patient uncouncious tapi patient dapat rasa sakit tu . cakap kat kak senior ' kak , tak sampai hati nak teruskan ' tapi kak senior cakap teruskan . Kejam !


Ada jugak patient yang baru lepas amputation AKA ( potong kaki ) . Diabetes . just left one leg , so poor , duduk atas katil je . buat dressing , masa pusing ke kanan , kawan cuci luka belakang sebab dah ada back sore ( kudis tekanan ) . puncanya : tak ubah baringan , statik asal jadi kudis la . teruk . ada slough . masa cuci sore tu , muka dia berkerut then saya tanya ' acik , sakit sangat ke ? ' . dia jawab ' sakit tapi nak buat macam mana dah , cuci la nak ' .. sedih , yes , my soul shock . kuatnya pakcik ni . semoga pakcik tabah ! 


Tu yang sedih , ni yang menggeramkan pulak . Ada uncle India jugak , dia restless tapi mulut dia macam mintak kaki . tadi masa nak ambik blood pressure dia , nak mintak lah dia move ke kanan sikit sebab dah mengiri sangat siap selamat satu badan sekali muka dia balut . bukan apa , takut jatuh je tambah pulak penghadang kat tepi tu tak angkat . saya cakap dengan begitu lemah lembut longlai lagi ' uncle , gerak ke kanan sikit boleh ? saya nak angkat besi ni nanti uncle jatuh ' . tau ape si India tu jawab ? ' apa ? jangan ingat kau orang melayu kau rasa hebat ehh . aku tak kan jatuh . jangan ingat India sini tadaaa kuat . aku saman kau kang ! ' .. saya ? ( garu kepala geleng geleng kepala ) , mujur pakai mask , dah la kuat uncle gila ni jerit , nasib ada mask buleh cover malu . then saya terus blah . lantak la uncle . jatuh kau , jangan kau menyusahkan kami pulak dah . ada jugak manusia macam tu , kita niat nak jaga dia , dimarahi pulak kita ni . tiba tiba nak races bagai . hairan !


Sepanjang tujuh jam kami bekerja non stop , penat lelah Allah je tahu . kena maki , kena marah , kena puji , kena bebel kena macam macam kami tadah je telinga selama tujuh jam ni . Niat ikhlas kerana Allah , demi amanah yang dipertanggungjawabkan . Sesungguhnya , di bahagian orthopediks ni , macam macam kita boleh belajar . how to learn about our body for our future , memang semua ni datangnya dari Nya , tapi selagi kita dapat cegah sebaiknya cegah , jaga pemakanan dari muda . kalau tahu keturunan ada penyakit diabetes , check setiap bulan . tak salah check , sebagai langkah berjaga jaga . tak salah kan ? 


Demi amanah yang dipikul , ikhlaskan hati . Bersama masyarakat tanpa ada perasaan pilih kasih atau berat sebelah . Senyuman sentiasa terukir walau hati tak mampu menandingi kemanisan senyuman itu . Sekian .


Buat tatapan kawan kawan . gambar diambil untuk calon setiausaha Majlis Perwakilan Pelatih KSKB  SAS Ulu Kinta . tapi hanya mampu memegang Exco Pengangkutan dan Keselamatan sahaja . 


Cik Donut Manis .








CIK DONUT MEMBEBEL

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com