COME AND POOLOO ME=,=

Sunday, April 14, 2013

Pilihan raya 2013

Assalamualaikum semua ..

Semenjak parlimen dibubarkan baru baru ni , semua orang bercerita pasal pilihanraya . Saya dah daftar mengundi dua tahun lepas . Anda ? Bagi yang dah daftar tahniah diucapkan . Kita lah penentu pembentukan sistem pemerintahan yang berdaulat sekiranya kita melakukan pemilihan yang tepat bukan berdasarkan kehendak hati dan pandangan hawa nafsu . Saya tak masuk mana mana pihak tapi as a pengundi , we have a own choose without paksaan mana mana pihak kan ? Sebab tu depa kata undian anda adalah rahsia . Tak kisah korang ahli Umno ke , ahli Pas ke , Keadilan ke , Pakatan Rakyat ke , Parti Bebas ke tapi kita kan rakyat Malaysia , jadi kita kena lah bersatu hati dalam membentuk negara yang berjaya di mata dunia . Walau berbeza pahaman politik sekalipun , takkan kita nak bergaduh sampai tumbuk tumbuk kan ? Tu tak professional namanya . Cuba bertindak pakai akal , bekerja pakai ilmu mesti semua ni tak jadi masalah . Cuba :)

Dengar dengar kata 05 Mei 2013 kemungkinan kita akan mengundi . Tapi saya check jadual semester tarikh tu jatuh tarikh final exam saya . Oh , macam mana ni ? Kemungkinan hilang satu undi jika depa tak ubah tarikh exam . Tapi undi pos boleh ke eh ? Sayang lah , mengundi bukan tiap tiap tahun , empat tahun sekali . Nak jugak rasa macam mana pergi mengundi tu . ( semangat nak mengundi hehee )

Kepada semua pengundi , SELAMAT MENGUNDI ikhlas dari cik donut . Jalankan tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa dalam memilih pemerintah yang betul berlandaskan agama Islam yang kita dukung ( bukan promote mana mana parti yee ) . Buatlah pilihan yang bijak sebagaimana kita bijak berbelanja di Tesco haha . 


Saya juga bakal mengundi . SELAMAT MENGUNDI SEMUA !!! :)

Ikhlas : Cik Donut Manis . Pengundi bijak .


CIK DONUT MEMBEBEL

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com