COME AND POOLOO ME=,=

Thursday, March 14, 2013

Perginya seorang nenek .

Assalamualaikum semua ..

Petang semalam , 13 Mac 2013 teruja call mama kat kampung halaman . sebab dah dua hari tak call tapi ..

saya : ma , buat ape ? rindu rindu . ( suara excited habiss )
mama : ma tengah siap nak balik terengganu ni , che sakit tenat . ( kelam kabut )
saya : hah ? MasyaAllah , nape tak bagitahu . apa apa call kakya !

Che . Nenek saya sebelah ayah , tapi kami just panggil che . sebelum balik kolej hari tu , aunt call cakap che kena strok kali ketiga . full body . masuk wad , insert ryles tube ( tube ikut hidung ) sebab tak boleh makan , tetapi semalam mama cakap che kena pakai oksigen . sebab sesak nafas . sedih sangat .

Malam tadi 14 Mac 2013 , dalam pukul 12 lebih tengah malam dapat panggilan dari abang . tak syak apa apa pon . first call tak dengar sangat line tak clear , second call mama cakap . Kakya , che dah tak ada dalam pukul 11 tadi . ma pon tak sempat jumpa , dalam perjalanan . ayah ketar lutut tak boleh bawak kereta . Terpana ! Innalillahiwainnalillahirajiunn . 

Dulu che selalu naik tangga dari dapur nak duduk kat depan rumah dengan tongkat . selalu tunggu kat pintu depan tunggu anak anak datang . tiap kali hari jumaat kita selalu kumpul ramai ramai lepas asar kan ? tapi tu dulu , sekarang tongkat tu dah tak bertuan , kalau kumpul dah kurang sorang ahli . Kakya tak dapat balik , nak balik , dah plan nak ambil flight pagi tadi . kot sempat tengok jenazah che sebelom kebumi tapi ayah cakap takpe la , takyah balik. semua orang faham . kalau lah boleh , kakya nak tengok che buat kali terakhir , sebab lepas ni dah tak boleh tengok dah . kalau lah boleh , kakya nak balik . apakan daya ..

Call ayah tadi , ayah cakap nak kebumi pukul sebelas , sebelah kubur Tokki . sembahyang jenazah kat masjid . ayah cakap , jangan sedih sedih , dah sampai masa che pergi tinggal kita semua . Again , i am crying bout this situation . kalau dulu pergi kat dapur masa mula mula sampai umah che , mesti che cakap eh , kakya ada balik . makin kecik je che tengok . tapi sekarang , hanya katil tempat che baring je ada . tapi che takde dah . I will miss u Che .

Setiap yang bernyawa tu pasti akan mati . dari mana kita datang kepada pencipta juga kita akan kembali . bukan saya ingin meratapi , cuma sedikit terkilan , cucu perempuan sulung tiada di hari pengebumian nenek tersayang . Terpaksa . Maafkan kakya . kakya iring doa dari jauh . Che sentiasa di hati kakya , setiap nasihat Che akan kakya ingat . kasih sayang yang che bagi akan kakya simpan di dalam hati . InsyaAllah . 

Al Fatihah , buat Che Endut . Kakya sayang che sampai bila bila . semoga Che ditempatkan dikalangan para syurgawi , bersama golongan yang beriman . Insya Allah .

Bersama linangan air mata , kakya cuba post entri ni . sungguh , kehilangan yang mengejut , sebelum ni kakya tengok che senyum , makan penuh selera , cakap cerita macam macam , tapi sekarang semua tu hanya kenangan .

Al Fatihah . Cik Donut Manis .

CIK DONUT MEMBEBEL

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com