COME AND POOLOO ME=,=

Thursday, February 14, 2013

Jodoh itu pasti ada .

Assalamualaikum kawan kawan .

Lagi 2 hari saya akan kembali ke hutan simpan ( kolej ) saya dan saya akan menjalani kembali tugas tugas seorang pelajar . ( skema punya ayat ) . ohh , rindu lah nanti kat warga warga hati kecil Nadia ni bila dah balik sana .. Alamak !! boleh tahan ke tak ni nak tunggu bulan Mac ? mintak mintak boleh laa . hehe

sekarang dah masuk pertengahan bulan Feb 2013 , tapi hati saya masih sama seperti sebelum ni . SINGLE but not ALONE . why ? because I have my besties in the world who can be at my side forever . And also I have Allah who can make my life journey well and well . hehe . Alhamdulillah Ya Allah . semalam call kakak saya ( kak mirah ) then bergayut la sampai kehabisan kredit dan bateri . haha . mula mula bertanya pasal tudung turban tu lama lama melalut sampai jodoh pulak , sensor betol . and her advise : ya , sekarang masa untuk mencari dan jadikan teman hidup , jangan nak berskandal skandal sangat , umur dah meningkat laa . haha . kakak oh kakak , saya takde skandal pon la , yang ada tu memang lah calon calon nya tapi mereka tu buat endah tak endah je . takkan perigi mencari rimba ? maigod maigod . but else , saya tetap doakan kakak dapat jodoh cepat jugak tau ? mana tahu kita naik pelamin sama sama tapi pasangan lain lain . who's guess rite ? :D

JODOH . setiap insan atau makhluk atau hamba Allah di dunia ni akan ada pasangan masing masing seperti yang tertulis dalam buku catatan masing masing cuma cuma cuma lambat atau cepat je . by the way , esok kawan saya ( Sharifah Amira ) akan kahwin . so excited sebab ? dah 8 tahun tak jumpa . last jumpa masa Form 3 dulu dulu . sekarang ramai kawan kawan dah selamat semuanya , yang tinggal pon kebanyakan dah bertunang , tunggu nak kahwin and tengah hangat bercinta . tapi saya ? still mencari lagi . ada bestie saya cakap , eh ya ni dah kemaruk nak kahwin ke ? sorii bestie , bukan kemaruk sayang , tak kesah pon kahwin ke tak , sebab saya tetap tunggu bakal suami saya kat SYURGA . so , kahwin tu bagi saya memang lah perlu sebab Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya berkawin untuk menambah umat beliau , tetapi saya bukan menidakkan hukum alam tetapi setelah berkali kali dikecewakan tapi saya rasa kebanyakkan yang berkahwin tu mungkin untuk menjaga nama baik keluarga dari dicemuh kerana mempunyai anak perempuan yang usia banyak banyak masih belum berpunya dalam erti kata lain ANDARTU . got the points guys ? semua orang akan rasa ingin dicintai dan mencintai termasuk lah saya tetapi bergantung pada situasi . tak semua orang mampu menerima kekurangan diri kita kan ? 

So , sekarang kita tak perlu risau tak perlu bimbang , jangan susah hati just jaga darah tinggi InsyaAllah satu hari nanti jodoh kita pasti akan muncul apabila kita dah bersedia . bukan bersedia dari segi fizikal sahaja , mental dan iman juga pasti bersedia juga . kerana apa ? kerana bila kita selalu berdampingan dengan Nya , memohon sesuatu untuk kebaikan diri kita dengan ikhlas , pasti Dia mendengar dan memberi yang terbaik untuk diri kita . InsyaAllah :D

Cari masa depan , lengkapkan keperluan diri , balas jasa ibu bapa tersayang after that baru fikir penyatuan dua jiwa . itu impian saya , so tak perlu susah payah nak pertemukan saya , nak keneng keneng saya dengan sapa sapa sebab selepas selesai sahaja kehendak hati ni , yang datang meminang itu pasti saya akan terima . First come first serve dear . so please , jangan terburu buru .

Itulah jodoh . tak minta datang dan tak minta pergi . yang datang dihulur tangan yang pergi pasti akan ada penggantinya . Full stop !

Terima kasih cinta . 
Cinta Hati Jiwa Suci Nadia Ilyana a.k.a Cik Donut Manis .



CIK DONUT MEMBEBEL

2 comments:

  1. selamat kembali sebagai seorang pelajar ya

    ReplyDelete
  2. dan kini saya menyambung cuti lagi selama seminggu ! suka suka :D

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com