COME AND POOLOO ME=,=

Saturday, February 9, 2013

BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum cinta hati semua ..

oke , baru 15 jam berada di Kemaman ( cik donut balik kampung oke ? ) .. rasa gembira bahagia seronok tak terkata je . dapat jumpa parents , bloods , kawan-II , semua semua laa . syukur Alhamdulillah , ada lagi kesempatan tu . berjumpa keluarga , lepak sama sama , makan sama sama , gelak sama sama , cerita itu ini , macam macam gossip hangat diluahkan dari bibir mungis masing masing , macam macam macam macam . HAHA . seronok ! 

Ingat lagi dua tahun lalu , masa mula mula sampai negeri Perak selalu cakap kat ma macam ni , ma... kakya takde kawan la kat cni . sorang sorang . macam mane ni . nak balikkkk :'( pastu ma mesti cakap , takpe , kakya boleh  jangan putus asa sayang.. tiap hari mesti col , mengadu macam macam . sekarang dah tak macam tu dah , jangan menipu nadia ! haha . 

Kalau dulu , makan terhidang , baju basuh pakai washing machine , tengok tv dua puluh empat jam , tido katil seluas alam , makan sedap sedap , pegi dapur buka peti segala ada , tapi sekarang nikmat duniawi tu hilang ! cuba BAYANG ! mahu tak merana hidup di perantauan . semua mesti guna kudrat sedia ada , basuh baju pakai tangan , makan kena tapau je , tv takdak , peti lagi laa . semuanya kenangan .

masa parents hantar lapor diri kat kolej dulu , awal awal steady lagi . bila dah siap daftar asrama ada bilik lengkap semua dah datang mood zaman sekolah-II dulu haa .. sesi menangis hujan ribut petir . bukan sedih sebab nak berpisah *konon* tapi bimbang perjalanan nak balik parents tu , kan jauh .. hati anak kecil bimbang lain. kan ?

tu lah hakikat sebenarnya .. hidup di perantauan . tapi pengalaman tu la akan kita bawa masa tua-II nanti untuk distorykan buat anak cucu . pengorbanan yang besar demi masa depan. tiap tiap malam tutup lampu nyorok dalam comforter menangis sorang-II . kawan kawan tengok kita senyum sepanjang masa , gelak ketawa tiap masa  tapi hakikatnya , kesedihan kita just kita yang tahu . betapa rindu akan kehidupan bersama keluarga tercinta . RINDU !

Hari ni , bersama insan-II tersayang di teratak rimba yang indah penuh kasih sayang . kalau boleh nak stop masa jangan bagi gerak takut cepat masa sampai untuk balik kolej . TOLONGLAH masa , perlahan lah . Subhanallah , rasa macam nak pack semua orang dalam umah ni , katil , tilam , peti , semua yang ada nak letak dalam poket nak bawa balik kolej . kalau lah boleh kan ?

betol la orang kata kan ? jauh mana pon kita pergi , kita tetap ingat tempat kita membesar sebab kat situ lah kenangan kita membesar . susah payah perit jenuh sekalipun , kita tetap ingat asal usul kita . hmm , malasnya nak balik kolej lagi ..

berat hati sangat ...

Lots of LOVE . terima kasih sudi meluang masa kat sini .

CIK DONUT MEMBEBEL

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com