COME AND POOLOO ME=,=

Sunday, October 23, 2011

taiping .

selamat malam ! oh oh . lupa nak bagi salam , Assalamualaikum sayang . ^_* oke oke , Taiping ! tempat sekarang aku mencurah bakti as a nurse . oh lala . hari ni cuti , so ? waktu berkenalan kawasan sekeliling . ngeh ngeh ! pekan taiping ada The Store je . ari ari aku berjalan ke sana . ari ni jauh sket . Tesco ngan Taiping Central . luassssss giler weh ..!? byk ssss kan ? maknanya memang besor la. ari ni no diet . makan makan makan . 1st kantin hosp , 2nd McD TS * Bubur , Fillet o Fish set * , 3rd Secret Recipe * chocolate indulgence & Appletiser * , 4th back to kantin hosp ^_* hehe . banyak kan ? kenyang melantak je aku ary ni . haha . sampai Tesco terjah kat Giordano dulu . bedal tshirt 2 helai . haha . nanti ada masa org tunjuk eh ? hehe . pastu jalan jalan sekeliling sampai petang . belek belek cakap kat promoter ' saya tengok je akak ! ' sambil senyum lebar lari meninggalkan kedai , haha . bukan taknak beli , tapi sayang duit nak bagi kat tuan kedai tuu . oh lala , gila !

tu baru round pertama . ni round kedua pulak pegi The Store . hari hari pegi . cari hape ntah ! rupenya niat dihati nak beli payung warna warni . hehe , dah beli ! children umbrella . ape kau peduli budak budak pon ? aku yang nak guna lah . comel sgt payung tu , tambah tambah pulak aku yang guna nya , perasan kan ? haha ^__^

oke oke . seharian berjalan kan ? penat tak terkata . so malam ni nak rest tebal tebal . sebab esok shift petang tapi kena bangun awal jugak sebab dah janji ngan nik nak pegi Taiping Square balik esok nak beli gadjet baruu maa.. hehe . will update after buy oke ? sabar itu indah ^___*

oke la .. penat sudah katil duk panggil dari tadi lagi . jumpe lagi ye ? take care all of u friend . thanks for ur time to read my coretcoret ^_^

my wishes :
saya rindu awak sangat sangat bubbleboy .
saya rindu sangat family saya.
saya rindu kawankawan saya .






CIK DONUT MEMBEBEL

Saturday, October 22, 2011

ganu nelang !


Terengganu vs Negeri Sembilan .
malam ni ,
mengharap kemenangan di pihak kita !
Peteh Ganu Peteh .
Peteh sapa REBOH !

GANU KITE NELANG !!!
Insyaallah kita MENANG !
^_*


CIK DONUT MEMBEBEL

KEANEHAN MUAMMAR GHADAFFI .

Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar. Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.

Laman web ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan oleh arwah Gaddafi.

Khemah kalis peluru

Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri. Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai. Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi. Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

Pengawal anak dara

Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa. Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan. Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

Jururawat seksi

Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi. Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit. Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

Jatuh hati kepada Condoleezza Rice

Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi. ”Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin . Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

Takut menaiki pesawat dan lif

Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel. Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam. Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal. Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

Berfoya-foya

Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi. Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

Pakaian aneh

Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain . Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika.


CIK DONUT MEMBEBEL

Tuesday, October 18, 2011

hujan !

HUJAN !
buat mata ingin sentiasa pejam ,
tambah pula line xberapa oke !
saya deactive dulu kawan kawan .
moga mimpi indah malam ni .
SELAMAT MALAM bloggers !

* moga mimpi MR . BUBBLES saya ! *

CIK DONUT MEMBEBEL

buat anak tahu jaga anak tak mahu . BODOH !


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek


Firman Allah SWT:

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”
p/s: !E$@%^!&#*!#)$**&*!%$*&($&*(&!^$(*$&^&*$ (admin tengah marah!, habis segala binatang dalam hutan admin sebut..)
Insaf lah !


CIK DONUT MEMBEBEL

Saturday, October 15, 2011

situasi .


saya rindu suasana ni .
sangat sangat .
inilah tempat terbaik bagi saya .
kerana
disini .
saya temui
antaranya :

kekasih sejati
* Hairudin Sirajudin *

kawan kawan sejati
Amin Zarin
Awang
KakYa
Muslim
Naqi
Alif
Ctiey
Alom
Punat
Ella
Kak Aimi
Kak Mirah
Elly
sume students di situ lah !
penat taip sorang sorang .
haha

miss this situation .
tak terkata .



CIK DONUT MEMBEBEL

Thursday, October 13, 2011

Terengganu .


semangat anak tranung !
yang jauh di perantauan .
' SAYA BANGGA JADI ANAK TRANUNG '
Terengganu Darul Iman .

anak jati ^_*



CIK DONUT MEMBEBEL

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com