COME AND POOLOO ME=,=

Monday, July 30, 2012

RAMADHAN yang indah .

Kelebihan Sembahyang Tarawih Malam 1 Hingga 30


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, July 22, 2012

selamat bertunang .

SELAMAT BERTUNANG . for long time they were be a sweet couple . now they will be married . Congratulation my best friends . both of u , selamat menjalani liku kehidupan bersama .

* even aku terlambat . 


CIK DONUT MEMBEBEL

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum semua . semua massih bermaya lagi ke ? hehe . walaupon dah terlambat , still saya ingin ucapkan AHLAN WASAHLAN ya RAMAHDAN buat semua kenalan . beramal jariah di bulan penuh keberkatan . ayuh semua :D
lama tak menjergah kat sini kan ? banyak cerita ingin dikongsi . kawan saya di Sunderland , selamat menghabiskan DEGREE nya di sana . baru baru ni konvo . Tahniah Amin . cepat cepat pulang Malaysia ye ? kami merindui mu . * balik jangan tangan kosong *
then , seminggu sebelum berpuasa , saya mendapat panggilan dari kawan yang saya sayangi ALIF HAIKAL , " ya , aku nak mintak berkat kawan kawan . esok aku nok g jepun dah . stay sana 3 bulan . puasa raya birthday sana . urusan kerja . " sebak saya . dan saya berkata " alif , amin nok balik mu pulak nak pegi . bila kita leh jumpe ramai ramainya .. " semoga kebaikan sentiasa bersama mu kawan . aku sayang mu kerana ALLAH . gud luck kawan !
oke . semoga selamat semuanya . ingat , yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat buatmu :D

selamat beramal . selamat berbuka kawan kawan :D

CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, July 8, 2012

petang ini .

salam semua .. wah berhabuk sangat sangat kan ? maaf la banyak sangat kerjanya tambah pulak baru mula semester ni . sangat banyak presentasinya . sorry sorry my dear ..
 
oke , kembali dengan semangat baru . semester ni , its about gynae and pediactric . penyelaras baru , pengajar baru , ahli group baru ( its divide to 13 group in my class ) , then sitting at new place . percaya atau tak , saya duduk di antara lima bariasan hadapan di dalam kelas . oh mai god ! itu ke cik donut ? perubahan drastik . haha 
 
now , kita bercakap pasal RAMADHAN . tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa kan then raya kan ? kan ? wah , mesti korang prepare bagai nak rak kan ? baju raya tema apa tahun ni ? kasut raya dah beli ? baju berapa pasang ? raya kat mana ? wait wait , raya raya jugak , puasa tahun lepas dah ganti belom ? haa . kan tak pasal pasal kena keluarkan beras . hehe . jangan lupa ganti yang lepas ye ? :D
 
oke la , dah nak maghrib . ada masa cik donut update lagi ye ? entry after this kita akan bercerita pasal KAWAN . insyaAllah . 
 
Take care my all friends . be nice and other will be nice back to you :D
 
Assalamualaikum . 
 
 


CIK DONUT MEMBEBEL

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com