Cerita Cik Donut Manis

COME AND POOLOO ME=,=

Friday, June 28, 2013

Cuti semester .

Assalamualaikum . ( Mereka bising lama tak update )

Sebulan cuti . Seronok memang tak payah cakap la .. Macam macam agenda berlangsung . Lepak dengan keluarga , berjimba dengan kawan kawan , jumpa kawan kawan tersayang . Jalan jalan pusing pusing . Macam macam . Rasa tak puas dengan cuti ni . Kalau bulih nak lagi dan lagii . Kalau lah bulih ..

Ramai kata setiap gambar ada cerita . Memang benar . Berjumpa ramai ramai . Mesti nak ambik gambar kan . Nak buat kenangan . Nak upload instagram twitter facebook keek wechat macam macam la .. Tapi sebenarnya melalui gambar tu akan tersingkap kenangan yang mungkin sukar dilupakan dan akan dibawa ke zaman anak cucu cicit nanti . Kan ?

Esok dah nak balik kolej , entah bila la dapat bersua lagi . Nak berjumpa tu mudah nak rancang tu payah sebenarnya . Masing masing ada komitmen masing masing . Tak boleh salah sape sape kan ? Dalam sebulan ni ada jugak yang tak sempat jumpa . Tak sempat . Maaf . Takpe panjang umur ada masa kita pasti jumpa . InsyaAllah .












Inilah mereka , Cerita di cuti semester . Ada yang tertinggal . Tak sempat snap pon ada . Lain kali . Jumpa lagi . 

Donut sayang semua .. Heart . Baii . Salam cium cium pipi . 




CIK DONUT MEMBEBEL

kami dan singapura by tsyafiq

Salam Jumaat penghulu segala hari .

Bukan saya di situ . Teman , dia ke sana . How im fall in love this video . its like a journey . Deep journey , yeah ! 

Perjalanan yang bermatlamat . Bertujuan , disingkap ke dalam teknologi untuk tatapan teman teman . Berlatar lagu yang tersingkap penuh makna . Nyet aka Tengku Syafiq . Pertemuan kelmarin mengamit seribu rasa . Sungguh .

Semalam bertemu , setelah sekian lama tertangguh . Akhirnya genap 27hb Jun 2013 kita bersua . Haipeng Kemaman tempat dijanji . Oh puitis kau Nadia . Haha .. 
Berjumpa , bercerita , berceloteh . My first impression about u nyet , u a good guy . A funky man , a tough boy . Yeah ! Sungguh donut dop tipu pon .

Moga kita jumpa lagi . Selamat berjuang untuk setahun setengah Nyet ! 

Untuk tatapan bloggers . Video dari nyet , kami dan singapura . Selamat menatap sambil senyum lebar . Hee




CIK DONUT MEMBEBEL

Blog .

Maafkan saya baby blog . Sangat busy sehingga takde masa dengan kamu .

Maafkan saya . 

Sekian . Dalam proses mencari idea untuk menceriakan hidupmu baby blog . Wait ya !

CIK DONUT MEMBEBEL

Wednesday, May 15, 2013

16 May .

Assalamualaikum . Lama tak update kan ? Sorry semua . Busy sangat . Baru habis final exam . Loni buleh la fokus mende ni pulak . Sebelum terlambat , SELAMAT HARI JURURAWAT on 12 May baru baru ni . Sedikit terlewat tapi wish jugak kan daripada tak wish langsung hee .

Back to niat asal . 16 May . Semua orang tahu kan ? Setiap tahun pasti disambut . Macam hari raya pulak kadang kadang tu haa . HARI GURU my dear . Setiap orang mesti ada guru kesayangan kan ? Sama lah kitaa hee . Masa sekolah dulu , mungkin korang penah alami kot . Kalau ada cikgu praktikal tu , mesti sibok nak baik baik kan ? Tambah pulak kalau cikgu praktikal tu lelaki , lagi la menggatal . Ala , zaman budak budak . Nak menyedapkan lagi suasana , samakan cikgu tu dengan artis yang tengah top time tu . Lagi la haru . Hahaa . Pernah kawan sekolah dulu , minat cikgu praktikal ni nama Helmi . Buleh pulak dia letak Helmi Khai sebab ade iras iras Khai AF tu . Bila ingat ingat balik , ak tergolek pon ade . Lawaknye kita zaman budak budak dulu kan ? Sweet momento bak hang .

Sempena Hari Guru ni , jutaan plus ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga pendidik yang ada . Tanpa mereka , kita takkan berada di tempat yang kita berada sekarang . Kerana kegarangan dan kekejaman mereka juga , kita berjaya . Dan kerana mereka juga , kita dipandang dan disanjung tinggi . Tanpa mereka kita takkan kenal Alif Baa Taa , ABC . Tanpa mereka kita takkan pandai membaca surat cinta , mms , sms , wasap , wechat viber segala . Tanpa mereka kita takkan bijak mengatur langkah dan membina masa depan . Tanpa mereka kita takkan dapat bersosial dengan baik . Tanpa mereka kita takkan dapat merasai nikmat di dunia dan menjalani tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini . Dan kerana mereka GURU kita , kita boleh melakukan semua ni . Kerana mereka lah , Guru kita . Terima kasih Cikgu . Jasamu saya kenang sepanjang hayat saya . 

Special for u all Teachers in the world . Especially my soulmate my bestie Cikgu Farid aka Farid and his twin also a teacher Cikgu Firdaus , all my Sek Keb Kijal , Sek Keb Seri Geliga , Sek Men Agama Al Falah , Sek Men Keb Agama Durian Guling , Sek Men Keb Chukai , all lecturers TATiUC and KSKB SAS . Selamat Hari Guru .

Just for u . LOVE by Nadia Ilyana aka Donut .



Salam sayang . Pelajar berwawasan . CikDOnutManis .

CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, April 14, 2013

Pilihan raya 2013

Assalamualaikum semua ..

Semenjak parlimen dibubarkan baru baru ni , semua orang bercerita pasal pilihanraya . Saya dah daftar mengundi dua tahun lepas . Anda ? Bagi yang dah daftar tahniah diucapkan . Kita lah penentu pembentukan sistem pemerintahan yang berdaulat sekiranya kita melakukan pemilihan yang tepat bukan berdasarkan kehendak hati dan pandangan hawa nafsu . Saya tak masuk mana mana pihak tapi as a pengundi , we have a own choose without paksaan mana mana pihak kan ? Sebab tu depa kata undian anda adalah rahsia . Tak kisah korang ahli Umno ke , ahli Pas ke , Keadilan ke , Pakatan Rakyat ke , Parti Bebas ke tapi kita kan rakyat Malaysia , jadi kita kena lah bersatu hati dalam membentuk negara yang berjaya di mata dunia . Walau berbeza pahaman politik sekalipun , takkan kita nak bergaduh sampai tumbuk tumbuk kan ? Tu tak professional namanya . Cuba bertindak pakai akal , bekerja pakai ilmu mesti semua ni tak jadi masalah . Cuba :)

Dengar dengar kata 05 Mei 2013 kemungkinan kita akan mengundi . Tapi saya check jadual semester tarikh tu jatuh tarikh final exam saya . Oh , macam mana ni ? Kemungkinan hilang satu undi jika depa tak ubah tarikh exam . Tapi undi pos boleh ke eh ? Sayang lah , mengundi bukan tiap tiap tahun , empat tahun sekali . Nak jugak rasa macam mana pergi mengundi tu . ( semangat nak mengundi hehee )

Kepada semua pengundi , SELAMAT MENGUNDI ikhlas dari cik donut . Jalankan tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa dalam memilih pemerintah yang betul berlandaskan agama Islam yang kita dukung ( bukan promote mana mana parti yee ) . Buatlah pilihan yang bijak sebagaimana kita bijak berbelanja di Tesco haha . 


Saya juga bakal mengundi . SELAMAT MENGUNDI SEMUA !!! :)

Ikhlas : Cik Donut Manis . Pengundi bijak .


CIK DONUT MEMBEBEL

Friday, April 5, 2013

Wedding Sharifah Amira .

Assalamualaikum semua ..

Sebelum terlambat , Selamat Pengantin Baru Sharifah Amira dan pasangannya Syed Mohd Izwan . Alhamdulillah . Oke , sebenarnya wedding ni dah lama tak la lama sangat tapi baru diupload sebab gambar baru dapat kiikii sorry u'olls sorry oke . Majlis yang sweet sangat , tema yang memikat hati jiwa semua , souvenir yang cantik untuk dikenangkan dan yang penting for the eight years we dont meet each others but on her wedding we meet again with the suprise haha aku still kecik macam dulu berbanding mereka mereka yang semakin membesar semakin cantik hensem kacak bergaya vouge dan ada sesetengah sudah memegang status hak milik orang . Oh saya agak jeles ! :)

Amira , she a kind girl . For a long time friends with her , i know many things in the world . Yes , masa tu kita muda remaja tengah meningkat usia ( zaman persekolahan ) tapi melalui kawan kawan kita tahu erti dunia , erti persahabatan , erti kasih sayang dan erti perikemanusiaan . Kawan mengajar kita erti susah payah dalam mengharungi kehidupan tatkala berjauhan dengan keluarga kan ? Oh , itulah Amira . A strong girl , a funny friend funny face , when i am with her , laugh is like an oksigen with me haha . Amira , kau dah kawin sekarang . Kau dah pegang status baru . Welcome to new life . MARRIED .

Gambar wedding Amira dan Izwan ( macam aku baik je dengan laki mu panggil gitu lagi kahkah ) Kredit to Mek Jaa sudi kongsi last picture . Lama aku tunggu haha









Setelah lapan tahun . Ini hasilnya dari kami anak didik SMKADG . Ramai yang attended majlis hari tu tapi tak sempat bergambar sebab hari hujan kebetulan datang sebelum kaum Adam nak pergi sembahyang Jumaat . Jadi masing masing terkejar kejar . Tak sempat nak lepak lama lama ambik gambar banyak banyak cakap sampai penat . Takpe , nanti kalau ada event lagi kita jumpa ramai ramai lagi ye ? Kita tunggu dan lihat siapa lepas ni yang pasti bukan saya . Itu pasti :)

To Sharifah Amira dan Syed Mohd Izwan : 
1. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit cuek haha 
2. Jangan planning planning sangat , tak sabar nak tengok anak anak kamu mesti comel comel .
3. Amira , be a good wife as long u be my good friend dear oke ?
4. Izwan , jaga Mira baik baik . Kami sayang Mira sebab dia garang haha
5. Doakan aku cepat dapat jodoh haha
6. Halal , aku curi gambar mu dalam FB haha

Oke . Penat merapu . Berlebih lebihan dah merapu ni . Oke ? Jaga diri baik baik semua . Love u'olls . 

Ikhlas : Cik Donut Manis .




CIK DONUT MEMBEBEL

Friday, March 29, 2013

Kuatkan semangat Miro Ya Allah .


Assalamualaikum .

Mintak tolong , doakan sahabat saya Amerul Hafiz Zaharudin . now kritikal at Hospital Sultanah Nur Zaharah Kuala Terengganu HSNZ . Internal bleeding . Neo by neo kat Meraga Beris , Kijal . Kelmarin dulu . Miro , kuat semangat kawan ! Aku tahu mu kuat , ingat mu ada ramai kawan kawan duk tunggu mu sedor . Bangun Miro . Bangun lah . Tolong lah . Mu tau betapa kami sayang mu kan ? Kuat semangat kawan please . Ingat Allah nak duga mu time ni . Kami tunggu mu buka mata . Please , bangun lah .. :(


Gambar Miro kat ICU HSNZ by Muslim . Thanks Muslim sanggup share ke kawan kawan . Aku mampu doa dari jauh . Cik Pozan bagitahu dia dengor kalu kita cakap dengan dia sebab airmata dia meleleh masa kita cakap . Separa sedar . Kuat Miro . Atas nama TATiUC , mu kawan aku selamanya . Susah senang sama belaka . Kalau lah aku boleh balik aku gi lawat mu Miro , sungguh . Kuatkan semangat Miro . Aku tunggu mu bangun . Kami tunggu . 

InsyaAllah malam ni akan dibuat sembahyang hajat . Minta Allah beri keajaiban , dipanjangkan usia , sebab Allah mesti nak uji kita je kan ? Kami sayang mu Miro , ingat tu .

Masa tengok gambar ni , aku kaku terkejut kelu tidak terkata . Sejujurnya menitis jugak setitik air mata tak sanggup untuk melihat . Semalam Muslim pm gambar kereta tak terkelu sangat sebab kereta kita tahu ciptaan manusia . Tapi Miro , tiada dua tiada tiga , dia Amerul Hafiz kawan kami .  Mesej kat Muslim , " Lem , tiba tiba aku sebak tengok gambar Miro " . 

Semoga mu tabah Miro ! InsyaAllah .
Cik Donut Manis menangis .

CIK DONUT MEMBEBEL

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com