COME AND POOLOO ME=,=

Sunday, April 14, 2013

Pilihan raya 2013

Assalamualaikum semua ..

Semenjak parlimen dibubarkan baru baru ni , semua orang bercerita pasal pilihanraya . Saya dah daftar mengundi dua tahun lepas . Anda ? Bagi yang dah daftar tahniah diucapkan . Kita lah penentu pembentukan sistem pemerintahan yang berdaulat sekiranya kita melakukan pemilihan yang tepat bukan berdasarkan kehendak hati dan pandangan hawa nafsu . Saya tak masuk mana mana pihak tapi as a pengundi , we have a own choose without paksaan mana mana pihak kan ? Sebab tu depa kata undian anda adalah rahsia . Tak kisah korang ahli Umno ke , ahli Pas ke , Keadilan ke , Pakatan Rakyat ke , Parti Bebas ke tapi kita kan rakyat Malaysia , jadi kita kena lah bersatu hati dalam membentuk negara yang berjaya di mata dunia . Walau berbeza pahaman politik sekalipun , takkan kita nak bergaduh sampai tumbuk tumbuk kan ? Tu tak professional namanya . Cuba bertindak pakai akal , bekerja pakai ilmu mesti semua ni tak jadi masalah . Cuba :)

Dengar dengar kata 05 Mei 2013 kemungkinan kita akan mengundi . Tapi saya check jadual semester tarikh tu jatuh tarikh final exam saya . Oh , macam mana ni ? Kemungkinan hilang satu undi jika depa tak ubah tarikh exam . Tapi undi pos boleh ke eh ? Sayang lah , mengundi bukan tiap tiap tahun , empat tahun sekali . Nak jugak rasa macam mana pergi mengundi tu . ( semangat nak mengundi hehee )

Kepada semua pengundi , SELAMAT MENGUNDI ikhlas dari cik donut . Jalankan tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa dalam memilih pemerintah yang betul berlandaskan agama Islam yang kita dukung ( bukan promote mana mana parti yee ) . Buatlah pilihan yang bijak sebagaimana kita bijak berbelanja di Tesco haha . 


Saya juga bakal mengundi . SELAMAT MENGUNDI SEMUA !!! :)

Ikhlas : Cik Donut Manis . Pengundi bijak .


CIK DONUT MEMBEBEL

Friday, April 5, 2013

Wedding Sharifah Amira .

Assalamualaikum semua ..

Sebelum terlambat , Selamat Pengantin Baru Sharifah Amira dan pasangannya Syed Mohd Izwan . Alhamdulillah . Oke , sebenarnya wedding ni dah lama tak la lama sangat tapi baru diupload sebab gambar baru dapat kiikii sorry u'olls sorry oke . Majlis yang sweet sangat , tema yang memikat hati jiwa semua , souvenir yang cantik untuk dikenangkan dan yang penting for the eight years we dont meet each others but on her wedding we meet again with the suprise haha aku still kecik macam dulu berbanding mereka mereka yang semakin membesar semakin cantik hensem kacak bergaya vouge dan ada sesetengah sudah memegang status hak milik orang . Oh saya agak jeles ! :)

Amira , she a kind girl . For a long time friends with her , i know many things in the world . Yes , masa tu kita muda remaja tengah meningkat usia ( zaman persekolahan ) tapi melalui kawan kawan kita tahu erti dunia , erti persahabatan , erti kasih sayang dan erti perikemanusiaan . Kawan mengajar kita erti susah payah dalam mengharungi kehidupan tatkala berjauhan dengan keluarga kan ? Oh , itulah Amira . A strong girl , a funny friend funny face , when i am with her , laugh is like an oksigen with me haha . Amira , kau dah kawin sekarang . Kau dah pegang status baru . Welcome to new life . MARRIED .

Gambar wedding Amira dan Izwan ( macam aku baik je dengan laki mu panggil gitu lagi kahkah ) Kredit to Mek Jaa sudi kongsi last picture . Lama aku tunggu haha









Setelah lapan tahun . Ini hasilnya dari kami anak didik SMKADG . Ramai yang attended majlis hari tu tapi tak sempat bergambar sebab hari hujan kebetulan datang sebelum kaum Adam nak pergi sembahyang Jumaat . Jadi masing masing terkejar kejar . Tak sempat nak lepak lama lama ambik gambar banyak banyak cakap sampai penat . Takpe , nanti kalau ada event lagi kita jumpa ramai ramai lagi ye ? Kita tunggu dan lihat siapa lepas ni yang pasti bukan saya . Itu pasti :)

To Sharifah Amira dan Syed Mohd Izwan : 
1. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit cuek haha 
2. Jangan planning planning sangat , tak sabar nak tengok anak anak kamu mesti comel comel .
3. Amira , be a good wife as long u be my good friend dear oke ?
4. Izwan , jaga Mira baik baik . Kami sayang Mira sebab dia garang haha
5. Doakan aku cepat dapat jodoh haha
6. Halal , aku curi gambar mu dalam FB haha

Oke . Penat merapu . Berlebih lebihan dah merapu ni . Oke ? Jaga diri baik baik semua . Love u'olls . 

Ikhlas : Cik Donut Manis .




CIK DONUT MEMBEBEL

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com