COME AND POOLOO ME=,=

Friday, March 29, 2013

Kuatkan semangat Miro Ya Allah .


Assalamualaikum .

Mintak tolong , doakan sahabat saya Amerul Hafiz Zaharudin . now kritikal at Hospital Sultanah Nur Zaharah Kuala Terengganu HSNZ . Internal bleeding . Neo by neo kat Meraga Beris , Kijal . Kelmarin dulu . Miro , kuat semangat kawan ! Aku tahu mu kuat , ingat mu ada ramai kawan kawan duk tunggu mu sedor . Bangun Miro . Bangun lah . Tolong lah . Mu tau betapa kami sayang mu kan ? Kuat semangat kawan please . Ingat Allah nak duga mu time ni . Kami tunggu mu buka mata . Please , bangun lah .. :(


Gambar Miro kat ICU HSNZ by Muslim . Thanks Muslim sanggup share ke kawan kawan . Aku mampu doa dari jauh . Cik Pozan bagitahu dia dengor kalu kita cakap dengan dia sebab airmata dia meleleh masa kita cakap . Separa sedar . Kuat Miro . Atas nama TATiUC , mu kawan aku selamanya . Susah senang sama belaka . Kalau lah aku boleh balik aku gi lawat mu Miro , sungguh . Kuatkan semangat Miro . Aku tunggu mu bangun . Kami tunggu . 

InsyaAllah malam ni akan dibuat sembahyang hajat . Minta Allah beri keajaiban , dipanjangkan usia , sebab Allah mesti nak uji kita je kan ? Kami sayang mu Miro , ingat tu .

Masa tengok gambar ni , aku kaku terkejut kelu tidak terkata . Sejujurnya menitis jugak setitik air mata tak sanggup untuk melihat . Semalam Muslim pm gambar kereta tak terkelu sangat sebab kereta kita tahu ciptaan manusia . Tapi Miro , tiada dua tiada tiga , dia Amerul Hafiz kawan kami .  Mesej kat Muslim , " Lem , tiba tiba aku sebak tengok gambar Miro " . 

Semoga mu tabah Miro ! InsyaAllah .
Cik Donut Manis menangis .

CIK DONUT MEMBEBEL

Wednesday, March 27, 2013

Selamat Hari Jadi Ayah !

Assalamualaikum semua ..

Berdasarkan tajuk di atas , oke ye hari ini hari kelahiran ayah saya yang tersayang yang ke 55 tahun , dah tua ke ? Eh tak la , tak tua lagi sebab anak anak semua tak kawin lagi kan ? Tak jadi atok pon lagi kiikii . Oke di kesempatan ni , wanna wish u as well la . Pagi tadi lepas subuh setengah jam duk bergayut sakan dengan ayah . Free katanya haha . Macam macam cerita pulak , tak kurang gossiip ayah aku ni . Oke ayah , kakya tengah exam ni . Just leave one paper only . Seriously tak sabar nak habis ! Penat duk membaca sampai nak tercabut dah anak mata ni . oke ayah , kakya sayang ayah sangat sangat ! Jangan lupa pakai baju hadiah kakya bagi tu tau ? One more , Selamat Bersara Encik Mohamad . Berkhidmat 30 tahun ++ di EPIC . proud be your daughter , ayah ! 

Lots of hug and love : Nadia Ilyana aka Cik Donut Manis anak ayah .

kat sini lah ayah saya berkhidmat . Cun cun cun :)

Bai . Salam maghrib !


CIK DONUT MEMBEBEL

Monday, March 18, 2013

ORTHOPEDIK .

Assalamualaikum semua .

Orthopedik . cawangan perubatan berkenaan dengan pembetulan kecacatan tulang atau otot . bahagian tulang tulang . patah riuk . atau bahasa kampung bahagian orang sakit ada kaitan dengan tulang dan otot otot . 

Kini , saya berposting di wad 4A Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh . yes , orthopedik ward . Male . Hari ni , 18 hb Mac 2013 . First day here , rasa macam nak tercabut dah kaki tangan ni . berlari ke sana sini , kerenah pesakit yang pelbagai , doktor yang banyak songeh , staff yang oke but not really oke , senior yang kuat memberi arahan ( itu pasti ) . penat , sebelum ni kerja wad jugak tapi tak sepenat hari ni . seriously -,-'

Kebanyakan patient dalam wad ortho ni patient diabetes ( bagi golongan veteran ) , yang accident ( tak kira umur ) dan ada kanser . kesian tengok sorang sorang . tadi buat dressing kat uncle India tu , dah tua uzur sangat . dekat sejam buat dressing dia sorang . Dekat kepala  guna Dermacyn , kat tangan guna normal saline , kat kaki guna normal saline dan kat besi macam arial tv tu guna povidon . hah , mau tak sejam aku berdressing dengan beliau . haha . Aseptic technique hilang entah kemana ( makan di ayam ) . masa cuci pakai dermacyn tu mengelepor uncle tu . patient uncouncious tapi patient dapat rasa sakit tu . cakap kat kak senior ' kak , tak sampai hati nak teruskan ' tapi kak senior cakap teruskan . Kejam !


Ada jugak patient yang baru lepas amputation AKA ( potong kaki ) . Diabetes . just left one leg , so poor , duduk atas katil je . buat dressing , masa pusing ke kanan , kawan cuci luka belakang sebab dah ada back sore ( kudis tekanan ) . puncanya : tak ubah baringan , statik asal jadi kudis la . teruk . ada slough . masa cuci sore tu , muka dia berkerut then saya tanya ' acik , sakit sangat ke ? ' . dia jawab ' sakit tapi nak buat macam mana dah , cuci la nak ' .. sedih , yes , my soul shock . kuatnya pakcik ni . semoga pakcik tabah ! 


Tu yang sedih , ni yang menggeramkan pulak . Ada uncle India jugak , dia restless tapi mulut dia macam mintak kaki . tadi masa nak ambik blood pressure dia , nak mintak lah dia move ke kanan sikit sebab dah mengiri sangat siap selamat satu badan sekali muka dia balut . bukan apa , takut jatuh je tambah pulak penghadang kat tepi tu tak angkat . saya cakap dengan begitu lemah lembut longlai lagi ' uncle , gerak ke kanan sikit boleh ? saya nak angkat besi ni nanti uncle jatuh ' . tau ape si India tu jawab ? ' apa ? jangan ingat kau orang melayu kau rasa hebat ehh . aku tak kan jatuh . jangan ingat India sini tadaaa kuat . aku saman kau kang ! ' .. saya ? ( garu kepala geleng geleng kepala ) , mujur pakai mask , dah la kuat uncle gila ni jerit , nasib ada mask buleh cover malu . then saya terus blah . lantak la uncle . jatuh kau , jangan kau menyusahkan kami pulak dah . ada jugak manusia macam tu , kita niat nak jaga dia , dimarahi pulak kita ni . tiba tiba nak races bagai . hairan !


Sepanjang tujuh jam kami bekerja non stop , penat lelah Allah je tahu . kena maki , kena marah , kena puji , kena bebel kena macam macam kami tadah je telinga selama tujuh jam ni . Niat ikhlas kerana Allah , demi amanah yang dipertanggungjawabkan . Sesungguhnya , di bahagian orthopediks ni , macam macam kita boleh belajar . how to learn about our body for our future , memang semua ni datangnya dari Nya , tapi selagi kita dapat cegah sebaiknya cegah , jaga pemakanan dari muda . kalau tahu keturunan ada penyakit diabetes , check setiap bulan . tak salah check , sebagai langkah berjaga jaga . tak salah kan ? 


Demi amanah yang dipikul , ikhlaskan hati . Bersama masyarakat tanpa ada perasaan pilih kasih atau berat sebelah . Senyuman sentiasa terukir walau hati tak mampu menandingi kemanisan senyuman itu . Sekian .


Buat tatapan kawan kawan . gambar diambil untuk calon setiausaha Majlis Perwakilan Pelatih KSKB  SAS Ulu Kinta . tapi hanya mampu memegang Exco Pengangkutan dan Keselamatan sahaja . 


Cik Donut Manis .








CIK DONUT MEMBEBEL

18 Mac 2013 .

Ahmad Syahmi bin Mohamad . Adik tersayang . Selamat Hari Lahir . Sweet 18 dear . 

Special wishes for you :
  • Moga dapat result SPM gempak gempak !
  • Jadi insan berguna .
  • Jangan gatal gatal , lambat lagi boleh kawen .
  • I love u very much bro .
  • Jadi anak , adik , abang yang soleh , baik dan bertanggungjawab .
  • Just be yourself bro .
  • Proud of you dear .
Oke , untuk tatapan semua . Ini adik saya . Mie . Kakya sayang Mie . seriously .



Tu dia dengan buah hatinya . kiikiii . Eyna . Hope happy together . In Shaa Allah . Amin .

Cik Donut Manis


CIK DONUT MEMBEBEL

Saturday, March 16, 2013

KAWAN . BESTIE . SAHABAT .

Assalamualaikum selamat sejahtera semua.

KAWAN . apa maksud kawan ? seorang manusia yang berdekatan dengan kita , berkongsi segalanya kisah hidup dengan kita , menerima kekurangan kita , membimbing kita ke jalan yang lurus dan tidak terpesong dan sentiasa meminjamkan bahu andai kita memerlukannya . Itulah kawan . kawan ada banyak jenis contohnya kawan baik , kawan karib , kawan biasa macam macam lagi . 

Dalam berkawan ni , banyak ragamnya . Memang manusia lah kalau ragamnya banyak . berkawan biarlah ikhlas , bukan mengejar publisiti , kemewahan , kecantikan semua semua yang pelikpelik samapai tak mampu nak pikir dah . Dalam persahabatan yang dibina dicipta , bersama itu kita ungkai kenangan manis pahit , terasa hati , bergaduh kecil itu normal dalam persahabatan . tak semua idea diri atau kelakuan kawan kita yang cantik di mata pikiran kita , tak salah menegur tapi agak agak la sikit , jangan tegur melulu , fikir dulu sebelum tegur , takut ada yang terasa hati . 

Memang diakui , saya sedikit hot tempernya . bukan bukan , tak banyak sangat tak sikit sangat . when im sitting with otai otai lama Bumi and they were fighting each others ( main dam ) , mereka tak semua bersefahaman . ada jugak perselisihan tapi professional attitude la . kan ? 

Kawan . Bak kata adik Najwa Latif ada dikala kita suka , duka , dalam tangisan dan ketawa . itulah kawan , selalu teman kita , kongsi segala cerita kehidupan . Sahabat . Kawan . Bestie . mencari kawan mudah je kan ? tapi nak jumpa seorang yang betul betul bersama kita tu payah . bukan dicari ketika ditinggal kekasih , bukan dilupai tatkala bertemu penganti . ye , memang saya sedang menyindir . sila terasa yang berkenaan . oke ?

Mereka selalu bersama , bercerita pahit manis kehidupan , susah senang harungi bersama , tangan teguh berpaut antara satu sama lain , ada tangan yang dihulur dan tangan yang menyambut dan yang penting rahsia kawan tersimpan rapi dengan amanah . Kawan yang membuka pekung keaiban kawannya di hadapan kawan yang lain BUKAN kawan yang boleh dibuat kawan dan harus tinggalkan saja biar padan muka dia . Its better *


Dalam berkawan pasti ada sedikit pertengkaran , perbezaan pendapat namun bukan atas alasan itu kita semudahnya memutuskan perhubungan sebuah persahabatan tu . Dulu saya ada kawan , sangat baik dalam persahabatan namun terputus di tengah jalan mungkin disebabkan salah faham . terlalu banyak salah faham . sebelum ini , saya cuba diamkan . namun di saat saya sendiri mendengar ungkapan yang diluahkan dari mulutnya , automatik saya istiharkan that she not my friend anymore . its not about small matter , but she was down and curse my family , my parent's job . yes , parent i not under govenment so why that will be issue ? kami cukup makan , cukup pakai segala , tak merempat pon . kerana bapak kau kerja govenment ? halal ke kerja nya ? hah , mohon terasa . ( dah lari topik ) . kalau lagu ni nak ajak berkawan , its better berkawan dengan drug users la . mereka lagi ada hati perut . haha . kan kan ??


So dalam berkawan tu adat la , tak gaduh tak mesra . kadang gaduh ni baik jugak sebab kita akan lebih tahu macam mana perangai kawan kita tu sebenarnya . tapi jangan lah gaduh sampai tumbuk tumbuk . tu bukan setakat kenal kawan , dapat kenal hospital lagi . just joke *


Berkawan biar beribu . kerana kawan , kita akan lebih kenal erti kehidupan sebenarnya . tapi dalam berkawan , keluarga harus diutamakan , kawan memang selalu ada tapi yang paling setia dengan kita is KELUARGA . berkawan berkawan lah , jangan nanti dipanggil si kera sumbang pulak , berhati hati memilih kawan , takut kawan bertukar jadi lawan . oke ?


KAWAN , terima kasih kerana sudi menerima saya seadanya . Cik Donut Manis .

CIK DONUT MEMBEBEL

Thursday, March 14, 2013

Perginya seorang nenek .

Assalamualaikum semua ..

Petang semalam , 13 Mac 2013 teruja call mama kat kampung halaman . sebab dah dua hari tak call tapi ..

saya : ma , buat ape ? rindu rindu . ( suara excited habiss )
mama : ma tengah siap nak balik terengganu ni , che sakit tenat . ( kelam kabut )
saya : hah ? MasyaAllah , nape tak bagitahu . apa apa call kakya !

Che . Nenek saya sebelah ayah , tapi kami just panggil che . sebelum balik kolej hari tu , aunt call cakap che kena strok kali ketiga . full body . masuk wad , insert ryles tube ( tube ikut hidung ) sebab tak boleh makan , tetapi semalam mama cakap che kena pakai oksigen . sebab sesak nafas . sedih sangat .

Malam tadi 14 Mac 2013 , dalam pukul 12 lebih tengah malam dapat panggilan dari abang . tak syak apa apa pon . first call tak dengar sangat line tak clear , second call mama cakap . Kakya , che dah tak ada dalam pukul 11 tadi . ma pon tak sempat jumpa , dalam perjalanan . ayah ketar lutut tak boleh bawak kereta . Terpana ! Innalillahiwainnalillahirajiunn . 

Dulu che selalu naik tangga dari dapur nak duduk kat depan rumah dengan tongkat . selalu tunggu kat pintu depan tunggu anak anak datang . tiap kali hari jumaat kita selalu kumpul ramai ramai lepas asar kan ? tapi tu dulu , sekarang tongkat tu dah tak bertuan , kalau kumpul dah kurang sorang ahli . Kakya tak dapat balik , nak balik , dah plan nak ambil flight pagi tadi . kot sempat tengok jenazah che sebelom kebumi tapi ayah cakap takpe la , takyah balik. semua orang faham . kalau lah boleh , kakya nak tengok che buat kali terakhir , sebab lepas ni dah tak boleh tengok dah . kalau lah boleh , kakya nak balik . apakan daya ..

Call ayah tadi , ayah cakap nak kebumi pukul sebelas , sebelah kubur Tokki . sembahyang jenazah kat masjid . ayah cakap , jangan sedih sedih , dah sampai masa che pergi tinggal kita semua . Again , i am crying bout this situation . kalau dulu pergi kat dapur masa mula mula sampai umah che , mesti che cakap eh , kakya ada balik . makin kecik je che tengok . tapi sekarang , hanya katil tempat che baring je ada . tapi che takde dah . I will miss u Che .

Setiap yang bernyawa tu pasti akan mati . dari mana kita datang kepada pencipta juga kita akan kembali . bukan saya ingin meratapi , cuma sedikit terkilan , cucu perempuan sulung tiada di hari pengebumian nenek tersayang . Terpaksa . Maafkan kakya . kakya iring doa dari jauh . Che sentiasa di hati kakya , setiap nasihat Che akan kakya ingat . kasih sayang yang che bagi akan kakya simpan di dalam hati . InsyaAllah . 

Al Fatihah , buat Che Endut . Kakya sayang che sampai bila bila . semoga Che ditempatkan dikalangan para syurgawi , bersama golongan yang beriman . Insya Allah .

Bersama linangan air mata , kakya cuba post entri ni . sungguh , kehilangan yang mengejut , sebelum ni kakya tengok che senyum , makan penuh selera , cakap cerita macam macam , tapi sekarang semua tu hanya kenangan .

Al Fatihah . Cik Donut Manis .

CIK DONUT MEMBEBEL

Monday, March 11, 2013

kawan baru .

Assalamualaikum , Ahlan wasahlan , Selamat datang semua .

Firstly , hepi besday sweet 20 bro to my new friend : Helmi . berkenalan melalui si kecik Fazrin , seorang yang baik , muda lagi ( welcome to 20 kiikiii ) , peramah , not bad looking , kind heart la lebih kurang haha .

Pagi tu , sampai Gopeng ( dari kampung halaman tercinta ) dalam pukul 6 pagi , tunggu taxi jap sampai kolej pukul 7 lebih kurang la . then si Fazrin mesej ajak celebrate besday kawannya pukul sebelas . dan mendapat belas ihsan dari Kak Rin dan Kak Nik dapat lah diberi ruang untuk lelapkan seketika bebola mata sampai pukul sebelas . siap .

Habis pasal tu . ini pasal celebration birthday si Helmi ni . celebratenya dekat Restoran Malika Saba area Ipoh ni haa . servis kedai ni oke cume waiters mereka kabut sikit . can't speak Malay or English . sikit sikit buleh la . masa mai amik order saya just faham Assalamualaikum je , yang lain pakat tibai je jawabnya , ( dah tau nak mai Malaysia , belajaq la cakap Bahasa Melayu ) ish mereka ni . Menu kami ? Nasi Arab Chicken Mandy Quarter three ( saya , kakrin dan kaknik ) , Nasi Arab  Chicken Mandy Half just to besday boy aka Helmi kawan baru , Teh o Ais Limau tiga , Vimto satu . Ada tapau Chicken Mandy special to my bestie . Ada kek comel , siap tiup lilin lagi tau . oh , comel sangat !! tu akal dan buah fikiran si Rin lah tu . semua ni keje dia . takpe Rin , demi Rin kami sanggup makan banyak , untung perut kami kenyang , untung mulut kami buleh rasa makanan sedap sedap unik unik . haha . Alhamdulillah , kami makan sampai kenyang , sorang satu sampai ada customer kat kedai tu lalu tepi meja kami tak pandang muka kami tapi pandang meja sebab atas meja FULL makanan . MasyaAllah . harga makanan Nasi Arab Chicken Mandy Quarter RM14 per each , Nasi Arab Chicken Mandy Half RM20 per each , Teh o Ais Limau RM4 per each , Vimto RM5 per each . Total ? kira sendiri haha .

# sebenarnya makan tak habis , tapau bawak balik bilik . tapi still ta habis jugak . banyak melampau .

Inilah kawan baru saya . Helmi katanya nama beliau . Asal ? Kelantan Cik Siti Wan Kembe . Bakal Pembantu Pegawai Perubatan U29 InsyaAllah .









ini lah kedai nya . Restoran Malika Saba . sekitar bandar Ipoh tu je . dekat dengan Ipoh Parade . memang dekat sangat . rugi kalau datang Ipoh tak singgah ( promote promote ) haha

Kawan yang sejati sukar dicari , sukar ditemui , sukar dijejaki dan sukar dikasihi . namun kawan disekeliling kita pasti salah satu diantara mereka . bukan semua kriteria perlu ada dalam persahabatan namun keikhlasan dalam bersahabat tunjang utama dalam menentukan perjalanan persahabatan itu , jadi ikhlaskan lah hati dalam bersahabat . 

Buat mereka : kamu kawan saya , sekali kamu kawan saya , sampai bila bila kita kawan . BESTIE . NADIA ILYANA . NIK NIRMA SHAFIRA . NOOR FAZRIN SHARINI . NUR AINI . Love you all .

Ikhlas . Cik Donut Manis .


CIK DONUT MEMBEBEL

Monday, March 4, 2013

We are Bestie .

Assalamualaikum kawan kawan .. 

Tengok pada tajuk kat atas tu mesti dah tau kan ? BESTIE . everyone have bestie rite ? termasuk lah saya . bestie ni dalam erti kata lain kawan yang terbaik di mana kawan bukan hanya ketika senang , bukan dicari ketika susah dan bukan dikehendaki ketika bosan tetapi sentiasa bersama walau apa jua yang terjadi sekalipon . bukan bermakna bertempek dengan kita 24 jam tetapi sentiasa di hati setiap masa . walaupun tiada di depan mata tetapi kita ingat yang dia ingat kita dan kita ingat dia . itulah bestie .

so , itulah mukaddimah bagi tajuk kita di atas . 

Dengan lapang dadanya , Abdullah Fahmi bin Ibrahim . berusia 23 tahun ( muda lagi ) , berasal dari  Terengganu bandar pesisir pantai , pelatih Medical Assisstant ambilan Jan 2013 KSKB SAS , ex SMKADG ( my old school ) dan important thing BELUM berkahwin aka solo bolo . haha . itu lah my new bestie . kami schollmate dulu dulu , tapi berpisah masa saya form 3 sebab pindah sekolah , then after 8 years tak jumpa , this year last month kami jumpa balik . sebab si famie ni further study ( ecece ) kat UK ( ulu kinta hehe ) ni . kami satu kolej pulak . mula mula jumpa tu takut jugak nak tegor , takut silap orang . tapi buat buat berani tanya , ehem famie durian guling eh ? dan mendapat respon yang baik , ye saya . haha . then tukar tukar no phone ( sebab kawan lama ) then kami jadi close each other . banyak jugak cerita pasal kawan kawan lama baru dengar , maklum la buku bertemu ruas , jadi borak panjang lebar la . haha . now , we still a bestie . until kiamat . ( take note dear ) memang diakui , mulut lancang berbicara sehingga tak sedar kadang kadang kata kata tu boleh membuat bestie kita terasa hingga menusuk kalbu walaupun kata kata tu senipis kulit bawang . saya tahu awak banyak terasa famie , thats y im story bout u here . untuk bercerita face to face memang tak la , len di fikiran lain yang dilontarkan . as u know me rite ? kadang kadang kan , saya ada terfikir , layak ke im be ur bestie , sebab im hav a bit temper , cerewet , suka fikir bukan bukan , too push someone , take the action before thinking , macammacam la . hee , kan kan ? betol tak ?

sepanjang 3 bulan bersama , bertukar idea , berkongsi cerita , bersukan sama sama , bersama sama sama sama lah , banyak yang saya tahu pasal bestie saya ni . hee .  kita renggang bukan bermakna kita jauh , saya menyepi tak bermakna saya lari dari awak tapi i give u a space to know how am i . u are my bestie rite ? we share , we hear , we touch , we together , we solve it kan ? so , jangan mengada ngada cakap masing masing mahu lari . lari ke mana pon , ingat perkataan bestie tu ye ? ( merapu merapu )

FAMIE , a kind person to be close , gentle of course , rupa not bad sampai ramai yang tergila gilakan beliau ( siap ajak saya gaduh disebabkan salah faham haha ) , berbudi bahasa , suka gelak kuat kuat ( persamaan kami ) , dan kaki shopping ( pon sama jugak ) . itulah beliau . cukup tak untuk dijadikan calon suami ? kalau cukup please pm me haha . just joke guys ! peace .


ni masa kami menang karnival sukan . hehe . Famie dapat ping pong single nombor 3 dan bola tampar nombor 3 , cik donut manis just got ping pong single nombor 3 jugak . ADIL ! hehe

memang ketara kan ? ketinggian kami . haha . takpe takpe , thats easy for him to protect me . haha . lagi satu senang if nak mintak tolong ambik barang tinggi tinggi when going shopping . jahat sungguh niat tu .

To Abdullah Fahmi Ibrahim : if u read this one , hopely u terharu lah . haha . tapi jangan call sampai nangis nangis pulak , tu umpama mintak penampar bertubi tubi . haha . but honestly , i love u so much bestie . u are my good bestie , u have a good ears when im in trouble . u have a good heart to cool me , have a big hand to protect me and have a good face to make me smile 24 hours . hehe . special wishes : just be your self , if u really want her , just grab ! but if u curious bout her , find the truth . im always be ur side . gud luck ! haha

sincerely : bestie of Fami Ibrahim aka cik donut manis .





CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, March 3, 2013

kerana mereka perlu dihargai : Warga Emas :

Assalamualaikum semua ..

03032013 . cantik tarikh tu kan ? dan lagi cantik sebab saya akan bercuti selama seminggu di kampung halaman . kui kui kui . 

last week punya cerita , ada program dengan pelajar Universiti Teknologi Petronas kat Rumah Seri Kenangan ( rumah orang tua tua ) kat kolej saya ni ( dalam HBUK ) , then last minute baru tahu mane mane Majlis Perwakilan Pelatih ( MPP ) yang free leh datang bagi moral support ( urusetia , pemeriah suasana ) haha then saya pun terasa macam nak join la . awal awal pagi dah turun , jalan kaki pegi sane . dekat je pon . alahai . ( manja )

acara berlangsung : aerobik , belon belon , bowling kelapa , dam ular seluas luas alam , bola dalam sudu , sukaneka bersama sama , makan makan ( itu pasti ) , tarik tali sampai tergolek , penyampaian hadiah dan yang ditunggu tunggu sesi bergambar . HAHA . seharian kami disana , seronok ! bukan setakat dapat kawan a.k.a skandal baru ahaks , dapat merapatkan silaturahim antara warga emas dengan warga muda bergetah ni ha . tu tujuan program ni sebenarnya . 

ingat , tanpa yang tua takkan ada yang muda . dan yang muda harus menyayangi yang tua sebagaimana yang tua menyayangi yang muda . tanpa mereka , siapalah kita . Sayangi warga tua . Ikhlas !




dan ini lah dam ular seluas luas alam








ni lah ragam dan kerenah kami sepanjang program tu . macam macam aksi . we became close each others , know how to handle and solve probs , builts the friendship and love each others .

and the last game we are join , TARIK TALI ! seronok dan penat sampai jatuh tergolek haha 


sebelum lawan , kita try lompat lompat dulu . bace jampi serapah dulu ke . haha
dan YDP ( baju kuning pakai spek froggy ) menjeling sambil memberi amanat terakhir haha






sungguh seronok . cukup setakat ini .

Hargai orang tua kita . Bahagiakan mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita kerana tanpa mereka siapalah kita . Kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang dan harta yang bertimbun tetapi diberi dengan perhatian yang menggunung dengan hati yang tulus suci dari insan bergelar ANAK .

KASIH IBU BAWA KE SYURGA , KASIH AYAH BAWA BAHAGIA .

Nadia Ilyana aka CikDonutManis :


CIK DONUT MEMBEBEL

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com