COME AND POOLOO ME=,=

Sunday, October 23, 2011

taiping .

selamat malam ! oh oh . lupa nak bagi salam , Assalamualaikum sayang . ^_* oke oke , Taiping ! tempat sekarang aku mencurah bakti as a nurse . oh lala . hari ni cuti , so ? waktu berkenalan kawasan sekeliling . ngeh ngeh ! pekan taiping ada The Store je . ari ari aku berjalan ke sana . ari ni jauh sket . Tesco ngan Taiping Central . luassssss giler weh ..!? byk ssss kan ? maknanya memang besor la. ari ni no diet . makan makan makan . 1st kantin hosp , 2nd McD TS * Bubur , Fillet o Fish set * , 3rd Secret Recipe * chocolate indulgence & Appletiser * , 4th back to kantin hosp ^_* hehe . banyak kan ? kenyang melantak je aku ary ni . haha . sampai Tesco terjah kat Giordano dulu . bedal tshirt 2 helai . haha . nanti ada masa org tunjuk eh ? hehe . pastu jalan jalan sekeliling sampai petang . belek belek cakap kat promoter ' saya tengok je akak ! ' sambil senyum lebar lari meninggalkan kedai , haha . bukan taknak beli , tapi sayang duit nak bagi kat tuan kedai tuu . oh lala , gila !

tu baru round pertama . ni round kedua pulak pegi The Store . hari hari pegi . cari hape ntah ! rupenya niat dihati nak beli payung warna warni . hehe , dah beli ! children umbrella . ape kau peduli budak budak pon ? aku yang nak guna lah . comel sgt payung tu , tambah tambah pulak aku yang guna nya , perasan kan ? haha ^__^

oke oke . seharian berjalan kan ? penat tak terkata . so malam ni nak rest tebal tebal . sebab esok shift petang tapi kena bangun awal jugak sebab dah janji ngan nik nak pegi Taiping Square balik esok nak beli gadjet baruu maa.. hehe . will update after buy oke ? sabar itu indah ^___*

oke la .. penat sudah katil duk panggil dari tadi lagi . jumpe lagi ye ? take care all of u friend . thanks for ur time to read my coretcoret ^_^

my wishes :
saya rindu awak sangat sangat bubbleboy .
saya rindu sangat family saya.
saya rindu kawankawan saya .






CIK DONUT MEMBEBEL

Saturday, October 22, 2011

ganu nelang !


Terengganu vs Negeri Sembilan .
malam ni ,
mengharap kemenangan di pihak kita !
Peteh Ganu Peteh .
Peteh sapa REBOH !

GANU KITE NELANG !!!
Insyaallah kita MENANG !
^_*


CIK DONUT MEMBEBEL

KEANEHAN MUAMMAR GHADAFFI .

Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar. Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.

Laman web ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan oleh arwah Gaddafi.

Khemah kalis peluru

Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri. Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai. Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi. Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

Pengawal anak dara

Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa. Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan. Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

Jururawat seksi

Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi. Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit. Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

Jatuh hati kepada Condoleezza Rice

Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi. ”Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin . Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

Takut menaiki pesawat dan lif

Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel. Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam. Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal. Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

Berfoya-foya

Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi. Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

Pakaian aneh

Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain . Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika.


CIK DONUT MEMBEBEL

Tuesday, October 18, 2011

hujan !

HUJAN !
buat mata ingin sentiasa pejam ,
tambah pula line xberapa oke !
saya deactive dulu kawan kawan .
moga mimpi indah malam ni .
SELAMAT MALAM bloggers !

* moga mimpi MR . BUBBLES saya ! *

CIK DONUT MEMBEBEL

buat anak tahu jaga anak tak mahu . BODOH !


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek


Firman Allah SWT:

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”
p/s: !E$@%^!&#*!#)$**&*!%$*&($&*(&!^$(*$&^&*$ (admin tengah marah!, habis segala binatang dalam hutan admin sebut..)
Insaf lah !


CIK DONUT MEMBEBEL

Saturday, October 15, 2011

situasi .


saya rindu suasana ni .
sangat sangat .
inilah tempat terbaik bagi saya .
kerana
disini .
saya temui
antaranya :

kekasih sejati
* Hairudin Sirajudin *

kawan kawan sejati
Amin Zarin
Awang
KakYa
Muslim
Naqi
Alif
Ctiey
Alom
Punat
Ella
Kak Aimi
Kak Mirah
Elly
sume students di situ lah !
penat taip sorang sorang .
haha

miss this situation .
tak terkata .



CIK DONUT MEMBEBEL

Thursday, October 13, 2011

Terengganu .


semangat anak tranung !
yang jauh di perantauan .
' SAYA BANGGA JADI ANAK TRANUNG '
Terengganu Darul Iman .

anak jati ^_*



CIK DONUT MEMBEBEL

mayat .

selamat petang semua !
oke.
silakan duduk .
jemput lah makan .
biskut merie + tea o panas suam suam .
haha.
* gelak sambil kunyah roti *

oke oke .
entri yang mengerunkan right ?
xdela sangat kan ?
oke oke .
nak cite lah ni !
duduk la diam diam !
ishhh .
aku lepok kang !
haha

oke .
cite bermula ..
jeng jeng jeng ....
di suatu yang petang .
* ayat ape tu ? *
almaklum la shift petang kan ?
* semalam lah *
saya dan NIK NIRMA SHAFIRA
sedang mendengar staff nurse
wad D4 ( male )
pass ovr report la kan ?
got a call from C5 .
" adik , ada LO la . leh dtg tak ? "
aku ngan nik punye la nervous .
dengar LO .
korang tau tak LO ?
* konfem tak *
LO = Last Office ( kematian )
patient ISLAM .
innalillah..
ARWAH pakcik HUSSIEN bin MOHAMAD.
sakit tua barang kali .
xsempat tanye staff nurse yang incharge .
prepare trolly .
pakai glove , mask , dan anak beranaknya .
oh lala !
saya dan nik pon bersihkan patient .
tenang je muka pakcik tu .
terbuka pintu hati nak sedekahkan AlFatihah .
* AlFatihah *

dah nak hampir siap bersihkan ,
panggil la ahli keluarga arwah .
masing masing sume menangis .
sapa xsayang ahli keluarga kan ?
anak cucu adik beradik sume ' berhujan '.
aku ?
hanya mampu melihat .
tersentuh jugak melihat babak tu,
tapi be a professional la kan ?
tiba tiba mai sorang makcik .
agak berusia .
tarik tangan aku .
bisik :
" tadi makcik terlelap, "
" sedar sedar mak mai cakap "
" ayah dah tak da . "
terus dia teriak .
aku pon cakap la .
sabar mak cik ..
dah memang ajal dia .
setiap orang pasti balik ke tempat asal .
makcik tu angguk angguk .
pastu murtuari mai.
* betol ke aku eja ? *
haha.
bawak keranda besi .
jasad pakcik yang tak bernyawa dimasukkan .
hanya melihat dari jauh .
dan berdoa dalam hati .
' Moga pakcik aman di sana '
' Ya Allah, tempatkan pakcik di kalangan orang orang yang soleh dan solehah '
ALFATIHAH .

p/s : bertaubat la anda sebelom terlambat .
sesungguh Allah menerima taubat hambanya kerana Dia Maha Mengampuni ..

* sambung makan roti balik *

ikhlaskan hati anda mensedekahkan AlFatihah untuk arwah pakcik Hussien dan seluruh umat Islam di dunia ini.
Terima kasih !


CIK DONUT MEMBEBEL

Tuesday, October 11, 2011

mata .



* gambar hiasan semata mata *
percubaan pertama ,
pemakaian EYE LINER .
ko cakap muka aku putih bersih sangat kan ?
oke .
aku dah conteng sket atas mata .
puas hati ?
haha

* Clinical Inspector suruh mekap *
* tangan aku keras nak conteng conteng kat muka *
* payah ! *
wish me luck !

time taken to finish this session : 1hour .
Ya Allah !
sangat lama ^__*


CIK DONUT MEMBEBEL

pagi .


* gambar sekadar hiasan *

saya pon xpasti .
perasaan saya ketika ini .
sebab ?

bilik diselongkar .
oleh ?
penyelia asrama dan kakitangannya .
lokasi ?
bilik 108
blok Mahsuri
Kolej Kejururawatan Taiping .
time ?
detik dan saat ni
9.00 am
rabu yang aman .
antara dialog aku dan Puan Penyelia :

si cantik : hah ?
puan : ada spotchek brg2 letrik .
si cantik : ok2.
Puan : ada bawak apa apa tak ?
si cantik : ada . iron ngan lappy .
Puan : itu brg halal .
si cantik : ok puan .
Puan : cantik seluar . bunga bunga .
si cantik : saya suka bunga . ( senyum lebar )
Puan : oke . sori ganggu .
si cantik : xpe . terima kasih .

ganggg !
pintu ditutup .
aku pon pikir .
ape sebenarnya barang letrik yang diaorg cari ?
atau barang barang aku bgtaw td tu
bukan letrik ?
naik hairan aku .
hahaha.


CIK DONUT MEMBEBEL

Monday, October 10, 2011

hati .


saya merindui kalian kawan kawan .
walau saya tahu kalian semakin menjauh .

ikhlas dari hati .

CIK DONUT MEMBEBEL

Sunday, October 9, 2011

mereka akan saya rindui untuk lima minggu ..




gambar 1 : saya dan cik fatehah.
dia chepron saya !
^_*

gambar 2 : kanak kanak riang gembira ..

gambar 3 : kami sehati sejiwa ..
*_*

saya akan pulang kembali .
tunggu tau !
....

CIK DONUT MEMBEBEL

Monday, October 3, 2011

wad 17 orthopedik surgical ..

salam semua !!
selamat petang..
camne semua ? sihat ?
hehe.
harap semua sihat sihat ye .
saya ?
batuk batuk sikit ..
perubahan cuaca kot.
Taiping sedikit berdebu.
banyak kenderaan berat kot..
but, i'm still strong okay ?
please.
DON'T WORRY BOUT ME .
^___^

sekarang ada kat Asrama Kolej Kejururawatan Taiping .
perasaan ?
sangat sangat tidak berpuas hati.
walaupon KSKB Ulu Kinta jauh dari bandar,
tetapi tempatnya sangat sempurna dari pandangan mata.
tapi kat cni ?
sangat menyesak kan mata.
tambahan pula ada certain certain senior agak berlagak amat.
mentang mentang sem 6.
so ?
ADA AKU KESAH KO MINAH ?
hahaha ( gelak setan )

dapat jadual.
Shift PAGI.
pukul 7 am - 2 pm.
tapi MESTI ada kat wad
6.45 am .
bangun awal.
5.30 am dah bangun .
( sebenarnya 1st day teruja la siket )
^__*
masuk wad othophedic
wad 17.
female ward.
sister incharge : siiter Lim.
Clinical Inspector : CI Raja.
boleh tahan sporting.
pagi pagi pass report.
pastu buat observation terhadap pesakit.
ambik suhu,
tekanan darah,
kadar denyutan nadi,
kadar pernafasan,
sukat kandungan makanan,
minuman,
bahan kumuhan,
cuci BO ( air besar ),
cuci PU ( air kecik ),
tukar pampers,
tukar kainan,
bawak patient pegi tandas untuk PU .
but before that,
ada orientasi wad ngan sister.
tapi xbanyak sgt sebab ?
sister Diarrhea ( cirit birit )..
pastu baru orientasi dengan CI.
CI org TERENGGANU.
tgk no IC ada no 11 kat tengah tengah
^__*
seronok kan ?
senior senior pon okay.
boleh bagi kerjasama each others.
they col me " adik "
so, memang I adik dyeorang kan ?
^__^
tapi yang xseronok :
saya terpecahkan thermometer.
oh lala ~!
tapi kakak senior cakap xpe,
jangan pegang tapi saya dah terpegang .
cepat cepat pegi basuh tangan
then PPK datang sapu kat tempat mercury berterabur tadi..
OMG ~ ! !

macam macam pengalaman diperoleh.
mungkin hikmah disebalik yang berlaku.
( fardu kifayah )
aku redha.
balik je keje pukul 2.15pm,
terus col my mama n ayah.
bercerita sakan.
pastu col my hubby.
potpetpotpet pastu
dye cakap nak sambung keje.
so, let he do his work first.
really miss him well.
also my love family.

pesanan kepada kawan kawan yang posting for 5 weeks ni :
* kakak sue *
* ctiey batra *
* teha johari *
* khalidah *
* bie *
* aten yunus *
* thah rashid *
* mama ina *
* amirah shakri *
* logeswary *
all JP 2 /2011
selamat menjalani tugas masing masing.
redhakan hati.
tabah kan jiwa.
kuatkan semangat.
tetapkan iman.
ingat pada yang Satu.
apa yang berlaku ada hikmahnya.
segalanya terbaik untuk diri kita, masa depan kita, keluarga kita.
Prouds be a nurses.
jangan sesekali kita kesali nya..
this our journey.
new journey.
Ikhlas dari hati :
Kakak Nadia Ilyana yang comel.
^_*

to my Hairudin Sirajudin :
awak penyunting semangat saya.
saya sayang awak sangat sangat.
nanti awak datang kat Perak eh ?
jangan nakal nakal tau.
nanti saya cubit awak kalau nakal nakal.
<3 u damn !
baby boy..
^______^

jari pantas menaip :
otak ligat berfikir :
itulah saya ;

CIK DONUT MEMBEBEL

Saturday, October 1, 2011

saya akan tinggalkan kalian seketika .

salam semua ..
post ni yang kali keberapa ntah.
update pasal trip to Taiping asyik asyik.
* berbelit belit ayat *

nak cite pasal aktiviti hari ni.
hari selepas jumaat ,
sabtu kan ?
* soklan bodoh *
ada kelas BI .
agak best la .
sebab duk di puncak ats dalam dewan.
jauh dari lecterer .
tapi org no. 2 dipanggil ke hadapan
jawab soalan.
agak malu.
haha

ok ok..
back to normal.
esok pagi akan bertolak sudah.
ke Taiping.
dari KSKB Ulu Kinta.
pukul 9.00 am
* rujuk jadual tapi janji melayu *
paham paham sendiri ^___^

tengah tengah melarikan diri
sebab ?
budak budak ni tgk cite hantu.
eeeeeiii !
bukan takut
tapi GERUN !
hoho.
sesuai dengan saiz badan.
untung badan saiz agak sederhana
^__*
pasal ni..
malam ni malam last kan stay kat cni,
so plan nk hepi hepi la kan ?
dengan adik adik ni.
tapi ntah macam mana Ida boleh demam pulak.
semalam dah demam tapi pegi klinik xleh check.
ramai patient so kena balik BODOH je.
BANGANG punye warden.
* not all. certain only *
bukan salah Ida pun,
salah warden tu.
xmenyempat nak balik
dah tau student sakit,
jalanilah tanggungjawab yang di amanahkan.
tapi sebaliknya.
APE JENIS ORANG LA..
ari ni.
tgk Ida agak tak bermaya.
ajk la pegi klinik.
col penyelaras.
takut pape kn,
baik amik saksi dulu.
penyelaras suh bawak pegi klinik 1Malaysia.
aku ajk la Ida ni.
tapi korang tau ape dia cakap ?
" aku okay, dah xdemam "
tapi muka xmampu menipu okay ?
aku tau ko sakit.
nape ko degil sangat ?
xnak g klinik kan ?
okay..
tapi pape jadi pasni tanggung sendiri eh ?
Ida cakap okay.
malam ni dye demam lagi.
aku just uat ape yg patut je.
sebab ak dah pesan kat dye.
* ulang lagi sekali *
" jadi pape tanggung sendiri "
so ?
bukan xnak ambik berat pasal kawan kawan,
tapi terasa sangat sangat.
kita bimbang kat dia,
tapi dia sendiri pon xbimbang.
so,
guess me what should i do ?

malam ni..
ak mals nak kepoh kepoh.
just nak habes kan sisa sisa di KSKB Ulu Kinta SHJ.
tapi dalam hati berdebar.
saya takut nak masuk wad
dan memulakan kerjaya saya
as a NURSE.

to all my friends :
kalian jangan rindu saya ye ?
bia saya yang rindukan kalian .
^__*

to Ida :
sori. aku bukan nak marah ko sangat.
tapi ko tahu perangai aku camne kan ?
really sory.
: FRIEND :

to my hubby comel :
i miss u damn !
deepavali nnt baby cuti.
kita jumpa ye ?
hav suprise for u.
| I LOVE U ONLY ONE |


CIK DONUT MEMBEBEL

Copyright© All Rights Reserved chentaretro.blogspot.com